Wednesday 30 November 2011

Minggu Thesis

1. Thesis merupakan tugasan yang amat berat bagi pelajar ijazah... (degree).. lebih2 lagi kalau bwat kerja last minit mcm aku..hahah.. memang teruk betul.. nak bwat mcmana,, sem last ni sem yg sgt2 busy.. kredit hour smpai 20 jam kredit,,, assignment belambak,,, time management memang hancur.. ish22..

2. Hari ni ke lab TGA,, analysis sample.. thanx to kawan2, and akak master tolong dalam tugasan thesis ni..=).. jasamu dikenang...

                                  bersama TGA..=)






3. sekian sahaja untuk hari ni..=) bubbye...

Tuesday 22 November 2011

Kelas 1 BIJAK SMKC

1. Nak citer skit pasal pengalaman mengajar kelas 1 BIJAK SMK Cenderawasih... Mula - mula dapat tahu mengajar kelas ni, rase bertuah jugak sbb pelajar dengar citer bagus2 blaker...

2. Dan terbukti,, memang baik2 blake..(tangan atas dada, jelir lidah, pandang atas)... hahah... tapi lg better dr kelas lain la... hepi sgt2 ngajar korang semua...

3. Thanx kepada semua pelajar 1 BIJAK kerana sudi terima cikgu dalam hidup kamu walaupun sekejap je,,, cikgu akan ingat smpai biler2 la...

4. Ni antara gambar2 budak2 nakal 1 BIJAK...=)







Monday 21 November 2011

Hari Jadi Hijrah


1.  Adakah anda ingat Bulan - bulan Islam?? soalan cepumas tu.. secara jujurnya, situasi sekarang memang  
     tidak dinafikan budaya Islam semakin terhakis,, tulisan jawi pun dah hampir pupus... kini Bulan - bulan
     Islam akan menjadi mangsa seterusnya..

2. Sekarang kebanyakan kita akan mengingati Hari Jadi berdasarkan Bulan Gregorian (januari - disember)..
    Jarang sekali kita sambut Hari Jadi berdasarkan Bulan hijrah...jadi kalau anda nak tahu bila anda
    dilahirkan berdasarkan Bulan Hijrah boleh la bukak link
    ini...http://www.islamicfinder.org/dateConversion.php?mode=ger-hij&day=30&month=7&year=2011&date_result=1

3. Kalu nak ingat Bulan - Bulan Islam.. cuba dengar nasyid ini.. time kecik2 dulu aku hafal bulan Islam
   dengar nasyid ni la..=)



4. Dan pada hari ini, 22 November 2011 bersamaan dengan 26 Zulhijjah 1432 H, merupakan
    hari Jadi ku mengikut bulan - bulan Islam..=)... Selamat Hari Jadi kepadaku... heheh... anda tahu bila Hari
   Jadi Bulan Islam anda??? rugi x tau,,hahah...


Sunday 20 November 2011

MSSM 2011 Bola Jaring & Sofbol


1. Kejohanan Bola Jaring & Sofbol Majlis Sukan Sekolah Malaysia merupakan tugasan luar pertama aku semasa praktikum hari tu... aku dan seorang lagi kawan dan 7 orang lagi guru termasuk GPK KO Sekolah dilantik sebagai AJK Statistik dan Keputusan Rasmi Kejohanan ini...

2. Kejohanan ini berlangsung pada 1 Jun 2011 hingga 6 Jun 2011 dan Negeri Pahang (Kuantan) menjadi tuan rumah edisi pada kali ini.. aku berasa amat bertuah kerana dapat melibatkan diri dalam tugasan peringkat tertinggi ini.. peluang ni,,, pengalaman dapat, elaun pun dapat..hehehhe...


3. Aku bertugas di Seketeriat MSN Pahang sebagai ibu pejabat kami dan akan ke venue iaitu di Kompleks Sukan Pahang (SUKPA), Padang MPK2, Padang Kemunting dan di Sek (J) Keb Cina Chun Ching untuk mendapatkan keputusan rasmi kejohanan dan pertandingan...

4. Sesungguhnya, ini adalah antara kerja guru selain mengajar,,, jadi jurulatih, juruletih pun ada, serba serbi boleh cikgu2 ni.. bangga aku tengok senior2 ni..hehehe... Paling bestnyer aku je the only one cikgu lelaki yang handle bola jaring.. dari tak tahu apa - apa pasal netball skrg tau la skit skit... nk lawan tu boleh la..hahha...



aku dan kawan sepraktikal di ibu pejabat..




aku dan AJK dr SMK Cenderawasih,, kerja sampai tgh malam..hahah..
tak sempat nak pegi majlis penutup,, kesian2...

Guru Praktikal di SMK Cenderawasih


Sekolah Menengah Kebangsaan Cenderawasih
Bandar Indera Mahkota, Kuantan, Pahang

1. Sek Men Keb Cenderawasih merupakan sekolah yang menjadi pilihanku untuk menjalani praktikal. Bertempat di pinggir bandar Kuantan dan di Bandar Indera Mahkota. Mula - mula nak cari punya la susah sebab agak tersorok skit.. tapi Alhamdulillah jumpa jugak...

2. Melaporkan diri secara sah pada akhir bulan April dan mula menjadi ahli pendidik praktikal pada 2 Mei 2011 hingga 26 Ogos 2011.. Terlalu banyak pengalaman pahit dan manis di sekolah ini...

3. Ditugaskan mengajar sebanyak 10 masa iaitu subjek Sains Tingkatan 1 dan 2.. kelas yang ditawarkan adalah 1 BIJAK (http://topex3007.blogspot.com/2011/11/kelas-1-bijak-smkc.html) dan 2 CEKAP.. Alhamdulillah penerimaan pelajar sangat baik terutama pelajar perempuan sbb aku hensem kot..hahaha...

4. Dilantik sebagai guru kadet polis, guru rumah sukan Kenyalang (HIJAU) dan guru kelab badminton...

5. Antara aktiviti yang sempat aku join selama aku bernafas di sana adalah :

  • Guru Sains Tingkatan 1 & 2
  • Guru kadet Polis
  • Guru Kelab Badminton
  • Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform
  • Kejohanan Sukan sekolah
  • Hari Koperasi
  • Hari Khatam Quran
  • dan sebagainya..