Sunday 25 December 2011

Jalan2 last sem @ UPSI 1 (Empangan K.Kubu Bharu)

Sempena berakhirnya kelas yang terakhir di  UPSI, maka masa untuk berjalan2 mula dirancang,,, so, tanggal 23/12/2011 bersamaan hari Jumaat, satu aktiviti dirancang oleh geng Physic's Boyz untuk beriadah dan berjalan2.... aktiviti tersebut adalah ber'camping' sambil memancing di Empangan Kuala Kubu Bharu, Selangor..

Ahli2 camp terdiri daripada Taufik selaku penulis, Kamal, Hafizal dan Shukri.. Wan Hasrul tidak dapat menyertai kem ini kerana terpaksa pulang ke kampung....


Perjalanan dari Tanjung Malim ke lokasi mengambil masa selama lebih kurang 45 minit... sambil2 naik kereta boleh menghirup udara segar dan pemandangan yang cantik...

Berhenti di tgh perjalanan,,, ahli2 kem

bersama cameraman,,cif (2 dari kiri)

Lokasi merupakan tempat tumpuan pemancing2 tegar,, tetapi dikhabarkan memang susah sangat dapat ikan.. tapi tak apa,,, tujuan utama bukan memancing,, cuma sampingan,, yang penting dapat bersama kawan2 untuk kali terakhir di UPSI selama 4 tahun ( 3 tahun setengah je sebenarnya)...

Kereta yang banyak berjasa,, heheh.. (WBW)


Tiba di Lokasi dan menuju ke tempat tidur..


Oleh kerana untuk jimat kos penginapan, ahli2 bersetuju untuk tidur di bawah jambatan.. yang paling penting untuk memberikan suasana sebenar camping kepada ahli2 terutama kepada cif(rosman) dan Kamal...hehhe

Hotel...ahhaha

so, pada malamnya, kami semua memancing la... tapi sampai pukul 3 pagi tiada hasil... last2 tidur la... haha.. yang kelakarnya, tengah2 syok tido kt bawah jambatan tu, entah macamana seekor kucing terpijak mata kail Shukri,, ingatkan hantu mana yang kacau pagi2 buta,, bising betul... hahah,, tak dapat ikan,, tapi dapat kucing,,, kesian kucing tu...hope kucing tu selamat sekarang...

'hasil' memancing,, ikan selayang di Tasik?????

bersama 'pemancing' 'tegar'... ahhaha


sotong di Tasik???????

Memang kelakar lah,,, umpan jadi hasil..haha.. secara tiba2 teringin nak ke Bukit Fraser,, alang2 da dekat.. jadi plan on da spot ke Bukit Fraser.. tapi secara tiba2 juga seorang ahli iaitu Shukri terpaksa tarik diri,, bukan kerana gayat tempat tinggi tetapi kerana mahu balik kampung,, jadi kami tunggu lah Wan Hasrul datang jemput Shukri...

Hasrul datang menjemput Shukri

So, pengembaraan diteruskan tanpa Shukri,,, ke Bukit Fraser... nak tau kisah selanjutnya?? akan bersambung pada entry Jalan2 last sem @ UPSI 2 (ke Raub)

No comments: