Saturday 3 December 2011

LaGu @ DakWah

Seringkali kita mendengar lagu dakwah menerusi nasyid semata - mata.. Di Malaysia nasyid menjadi pilihan kepada penggiat seni suara untuk berdakwah, tetapi di US dan England muzik rap menjadi pilihan utama untuk berdakwah... Kenapa???


                               Native Deen merupakan grup hip-hop Islami dari Washington DC


Pada pendapat aku, untuk berdakwah kita perlu menarik minat para remaja yang kini terlalu dicucuk oleh hiburan semata - mata (termasuk diriku..).. Sekarang trend remaja nasyid merupakan suatu yang dipandang sepi oleh golongan tersebut (termasuk aku lagi).. huhu

Jadi salah satu cara, apa kata kita tarik minat remaja menerusi muzik dakwah rap ke, rock ke.. yang penting mesej lagu tersebut,,, kalau dah remaja suka dengar mereka akan cuba hafal lirik lagu itu.. contoh sekarang Wali Band ... menjadi satu fenomena dulu lagu Ingat Mati, Mari Solawat dan sebagainya.. remaja mula meminati lagu berunsurkan keTuhanan..

Lagu yang paling aku suka dengar lagu bawah ini.. campuran nasyid dan rap ( Rindu Muhammadku).. hehe.. best sangat2... Jom sama - sama kita dengar...=)

No comments: