Saturday 17 December 2011

Ramalan Lailatul Qadar oleh Imam Al Ghazali


As Salam dan salam sejahtera semua... kali ini post pelik skit sebab bercerita mengenai Malam Lailatul Qadar pada Bulan Muharam,, sepatutnya bulan Ramadhan... tapi ILMU ni tak boleh tunggu masa baru nak ajar.. sekadar perkongsian ilmu dan panduan untuk kita semua..

Ramalan ini diambil dari salah sebuah kitab fekah (lupa nama) yang selalu digunakan oleh ayahku time kuliah... Jangan percaya 100% tapi ingat,, TIDAK MUSTAHIL para ulama yang alim dahulu dapat mengenal tanda2 malam tersebut berdasarkan iman mereka.. jadikanlah panduan untuk kita..insyaALLAH

secara rngkasnya, malam lailatul qadar merupakan malam yang ditunggu2 umat Islam.. Ibadat yang dilakukan pada malam tersebut akan diberikan ganjaran seolah - olah beribadat selama SERIBU BULAN ( 83 tahun)

Antara tanda2 malam tersebut :

1. Langit kelihatan suci bersih dan tidak diganggu bintang
2. bulan bercahaya segar, terang benderang
3. Udara nyaman ( tidak sejuk dan tidak pula panas)
4. Matahari di waktu paginya memancarkan cahaya yang seimbang seperti cahaya bulan purnama..



tanda yang ke - 4 tu, ada ustaz2 cakap sebab matahari samar2 cahayanya adalah kerana segerombolan malaikat yang turun pada malam itu naik ke langit.. cahaya matahari tersebut dihalang oleh sayap2 malaikat tersebut,,, wallahua'lam...

berikut mrupakan ramalan yang dibuat oleh Imam Al Ghazali r.h. semoga menjadi panduan buat kita semua.. selamat Beramal...


Hari Mula Berpuasa (1
Ramadhan)
 Ramalan Malam Lailatul Qadar
Ahad atau Rabu29 Ramadhan
Isnin21 Ramadhan
Selasa atau Jumaat27 Ramadhan
Khamis25  Ramadhan
Sabtu23 Ramadhan


* Tanda malam Lailatul Qadar dijelas sendiri oleh Rasulullah SAW. Walaubagaimanapun tanda yang tetap tidak dijelaskan kepada kita. Inilah rahsia supaya kita bersungguh - sungguh beramal supaya dapat menemuinya.. InsyaALLAH..

No comments: