Wednesday 4 April 2012

Trip to Teluk Batik with Friends (part 1)

1. Assalamualaikum dan selamat sejahtera... lama tidak 'update' blog.. post pada kali ini untuk berkongsi pengalaman suka duka bersama kawan - kawan sepengajian di UPSI..

2. Walaupun telah lama berlalu, namun hari ini baru ku dapat peluang dan ruang untuk menconteng blogku ini.. selepas tamat peperiksaan akhir di UPSI, tiada yang lain bermain di fikiran selain daripada ingin menghabiskan masa bersama kawan - kawan seperjuangan yang telah bersama 4 tahun...

3. 4 buah kereta disediakan pihak penganjur dan kesemua kereta adalah kereta proton SAGA... hehe..
lebih kurang 3 jam perjalanan, akhirnya sampai di Teluk Batik..

Sesampainya di Teluk Batik

4. Jadi, tugas pertama kami adalah untuk mencari tempat berteduh... dan Alhamdulillah dapat sewa bilik separa hotel... satu bilik besar untuk girls dan satu bilik kecil untuk boys...

sekitar tempat berteduh

bilik bawah = girls ; bilik atas = boys

5. Setelah tempat berteduh selesai ditemui, program seterusnya adalah sukaneka... tetapi masalahnya, terlalu ramai pengunjung di pesisir pantai teluk batik,,, tempat terhad... jadi program ditunda ke masa yang akan diberitahu kemudian...

sedang merancang aktiviti lain

6. Selepas beberapa ketika memikirkan program apa yang hendak dibuat, tiba - tiba terpandang akan permainan air... memang syok juga tengok,,, dan kami terus mencuba.. memang satu pengalaman yang tidak akan dilupakan... bayangkan anda ditarik oleh bot dengan kelajuan mencapai 5o km per jam..huhuh,, sampaikan tersembam dalam air laut...


Selepas main xtvt air tersebut,, gambar tidak dapat diambil
7. Permainan kedua adalah "banana"... lebih kurang 7 orang akan naik dan akan dibawa nun jauh di lautan dan dijatuhkan,,,, besh.,,,
"Banana"


Sedang ditunda...untuk dijatuhkan

8. Jadi, program pada hari tersebut berjaya dipenuhi,,, pada malamnya, kami semua berBBQ... sambil bermain kotak beracun,,,, kotak beracun paling ditunggu - tunggu lelaki kerana akan dihentam dengan tepung jika tidak melaksanakan tugas,,,

berBBQ


9. Sementara BBQ masak, permainan kotak beracun dimulakan,,, kebanyakan yang bermandi tepung adalah golongan lelaki...hahhaha,,,

bermandi tepung
10. Habis program lebih kurang jam 12 tengah malam.. balik ke bilik, mandi dan tidur.... bersambung lagi dalam episod Trip to Teluk Batik with Friends (part 2).. Assalamualaikum

No comments: