Sunday 22 July 2012

Papan Tanda yang tidak BERMAKNA

1. Salam dan selamat semua, entri hari ni agak menarik.. nak ceriter pasal papan tanda Jabatan Kerjaraya (JKR).. DI Malaysia, tepi2 jalan @ di highway, memang belambak papan tanda JKR nih..

2. Tapi ada satu papan tanda ni yang membuatkan daku terfikir - fikir, apa faedahnyer kepada pengguna jalanraya... papan tanda ni memang biasa dilihat dan bukannye macam papan tanda yang pelik2.. macam ni :






3. Papan tanda kat atas ni memang pelik dan tak biasa di Malaysia... so, papan tanda yang aku rasa tak bermakna buat para pengguna jalanraya adalah....

ni dia!! AWAS, TANAH RUNTUH DI HADAPAN
4. Papan tanda ni tujuannya nak bagitau kepada pengguna jalanraya ada tanah runtuh di hadapan..kan?? so, sebagai pengguna jalanraya,, apa yang korang akan buat??

a) adakah mahu perlahankan kenderaan?? - kalau tanah tu runtuh, naya kita,, tak sempat lari

b) adakah mahu lajukan kenderaan?? - Kang accident plak,, bawa laju sangat..

c) kita perlu berhati - hati?? macamana??? nak lajukan @ nak perlahankan kenderaan..

5. SO, kesimpulannya... no komen.. pikir - pikirkanlah.. just pendapat peribadi,, kawan yang citer..heheh..

6. Di samping itu, nak ucapkan SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN kepada semua muslimin dan muslimat di dunia... semoga amalan kita dilipatgandakan di bulan yang mulia ini...

7. Target puasa tahun ni of course puasa penuh dan dapat menguruskan badanku,, heheh.. wasalam

Thursday 19 July 2012

YB Lim Guan Eng di NRIC 2012??

1. Salam dan selamat semua... entri ni last part untuk NRIC 2012 sebab secara rasminya NRIC dah dilabuhkan tirainya semalam.. (Khamis)..

2. Sebelum tu, nak dijadikan cerita, semasa berlangsungnya NRIC ini, terlihat YB Lim Guan Eng, Ketua Menteri Penang antara peserta... wow.. hebat,,,

aku dan YB... heheh
3. Tengok gambar mesti ingat aku dah masuk DAP.. dari Unknown (bukan UMNO) ke DAP...hehhe..

4. Betul ke YB Lim Guan Eng ni??? hahaha.. sebenarnya, beliau salah sorang peserta.. dari Kolej SeGI... tajuk thesis dia kalau tak silap nak kaji hubungan antara personaliti dengan facebook...

5. Mula - mula tengok macam sebiji YB Lim Guan Eng.. dari segi pemakaian, cara berjalan, cara bercakap.. Memang pelanduk dua serupa lah...

Students from King Mongkut's University, Thailand

6. Majlis Perasmian Penutup dan penyampaian hadiah dihadiri oleh Tan Sri Nor Mohamed Yaackop.. Menteri di Jabatan Perdana Menteri...

wajah - wajah "non medal".. except Faris.. heheh


7. Tahniah kepada pemenang,, dari UPSI, Kak Dell mendapat Pingat Perak dan Faris mendapat Pingat Gangsa.. yang lain dapat sijil Penyertaan je,,, sedih la kalah,,, tapi yang bestnyer dapat pengalaman yang sangat berharga..dan dapat jugak peluang duduk di USM...heheh

8. Tahniah kepada USM kerana berjaya dengan jayanya menganjurkan program ini... walaupun kalah, dapat jugak lucky draw... heheh..

daripada Motorola Solution
9. Kekalahan tidak bermakna gagal, tapi merupakan satu tangga untuk mendaki dan terus mendaki mencapai kecemerlangan dan kejayaan... kejarlah kecemerlangan, nescaya kejayaan akan mengekori anda.. chewah,, ayat nak bagi sedap hati,, sebab kalah,,, ahhaha..

10.. sekain saje... wasalam

Wednesday 18 July 2012

QUeenS Bay @ Penang

1. Salam.. Nak teruskan kesinambungan NRIC...hehhe.. Hari kedua lepas kitaorang lunch, tido kejap, kitaorang bergerak ke Queens Bay, Penang..

2. First time dari USM nak ke sana.. tak tau jalan,, tunggu punya tunggu bas.. last2 naik teksi je la.. selamat dan selesa.. nak ke sana, naik bas number 304 @ 308.. tambang cuma RM 1.60 sahaja.. naik teksi tak kira number plat berapa pun,, tambang antara RM 8 hingga RM 15 sahaja...

tengah tunggu Bas
QueensBay
3. Sesampainya kat sana, hajat di hati nak tengok wayang,, citer "The Ice Age 4"... tapi lamabt sangat masa dia.. then, shopping la.. beli baju and jalan - jalan cuci mata..agak besar Mall kat sana.. belakang tu QueensBay Mall...



4. Dah puas shopping and window shopping dalam Mall, kitaorang jalan - jalan di persisiran pantai pula.. tapi pantai tak berpasir la,,, dah ditambak rasanya..

oPpss... model sedang mengiklankan diri,, heheh
Penang Bridge,, kt belakang nun..

5. Masing2 nak buat photoshoot berlatarbelakangkan Pulau Jerjak... Pulau tu sebenarnya ada penjara,, so kalau nak melawat, buatla something then serah diri... pakej percuma jer..hahha.. masa kecik2 dulu, rasanya Pulau ni agak jauh,, tak la dekat macam sekarang,, sebab dah ditambak kot..

Zul Ak

Faris Azmi

Chegu Nuar

Mohd Taufik Ibrahim
6. Sekian,, wasalam

Tuesday 17 July 2012

NRIC 2012 Part 3

1. Sambungan daripada NRIC Part 1 and  NRIC Part 2...

2. Jam 8 malam ada Opening ceremony di Dewan Peperiksaan C, USM.. pakaian t shirt rasmi program..


3. Sekitar pemandangan di opening ceremony...(gambar atas),,, Selepas perasmian, kami diminta ke booth masing - masing untuk set up barang - barang untuk ditunjukkan kepada para VIP... termasuk Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi USM,,,






4. Gambar tak sempat ditangkap oleh cameraman sebab cameraman (zul) nak jadi VIP jugak,, tengok tak berkelip ambe explain ke VIP...

5. Selepas itu, tepat jam 10.00 malam kami berempat ingin bersiar - siar di luar USM... makan Mc Donald.. nak pergi jauh - juah dah lewat malam.. tapi agak penat berjalan kaki ke sana..uhuhu..

sebelom gerak




6. Sampai di Pintu USM, ambil gambar kenangan di depan pagar yang tertera Universiti Sains Malaysia.. bukan senang nak masuk USM ni,,hehe

7. Selepas itu, terus menuju ke destinasi utama,, Mac Donald...


Di Mac Donald...=)
8. Akibat perut terlampau kenyang, bercadang nak balik ke kolej naik teksi,,, RM 10 hinggit.. overtime mahal la skit.. nak dijadikan cerita, unlce driver taxi tersebut turunkan kami di tempat yang salah,, makan langsat la jawabnya,,(SESAT)... berpeluh badan cari kolej Tekun... hahha..

Nasib baik ada kucing tolong tunjukkan jalan.. hahah
9. Sampai di kolej, penat giler.. then,, bersiap untuk tido, tapi smpai sekarang tak tido lagi.. so, gud night.. bersambung pula dalam entri lain,,, wasalam..

NRIC 2012 part 2 and 3

1. Assaamualaikum dan salam sejahtera semua... kali ni ambe buat 2 entri sekali gus.. part 2 and part 3 sebab hari ni merupakan hari yang paling bersejarah, paling mendebarkan, paling meletihkan dan macam - macam paling lagi...


2. Pertama sekali, hari ini ambe and da geng from UPSI akan dihakimi oleh judges - judges.. Punya la tunggu dari pagi, judges tak kunjung tiba..


     

3. So, bersiap la kami semua tunggu ketibaan judges... masing - masing berlatih present kajian mereka.. termasuk ambe...



4. Masa yang ditunggu hampir tiba, judges berbeza mengikut kategori... dan judges yang pertama datang ke booth kami ialah judges kepada ketua kontijen kami iaitu Kak Dell,,,,,


 5. Dan selepas beberapa minit, adalah masa yang palng terabur... keempat - empat kumpulan judges telah datang serentak ke booth UPSI... keadaan sangat kalut,,, hahah,,, suara memang kena kuat lah...


Zul sedang dihakimi

Giliran ambe pulak,,,

Anuar sedang menerangkan kepada judges

Faris, peserta terakhir dihakimi
6. Semasa pembentangan kami menggunakan dual language, malay and english.. soalan - soalan daripada judges sangat - sangat mencabar... memang satu pengalaman kali pertama yang menggerunkan,,, selesai sahaja penghakiman, terasa lega yang teramat sangat... macam dah terlepas satu beban yang sangat besar.. hahha...

7. Bagi menggembirakan hati yang berdebar sangat tadi, kami berjalan - jalan ke booth unversiti yang lain...



8. Jam 5 petang exhibition were closed,,, balik asrama tidor terus,,, ingat nak jejalan tapi ngantok sesangat.... ikuti sambungan pada Part 3.... teruskan klik di sini

Monday 16 July 2012

NRIC part 1

1. Salam dan selamat sejahtera sekali lagi... entri kali ini penulis ingin berkongsi pengalaman dalam penyertaan suatu pertandingan...

2. NRIC ialah singkatan kepada Novel Research and Innovation Competition tahun 2012 bertempat di Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang... dari 17 hb Julai hingga 19 Julai 2012..

3. Penyertaan ini adalah menghimpunkan thesis - thesis tahun akhir bagi pelajar ijazah sarjana muda dan diploma dan disertai oleh kesemua Universiti tempatan dan daripada Asia Tenggara termasuk Universiti Pendidikan Sultan Idris...

4. Terbahagi kepada beberapa kategori,, (tak Ingat kategori) tapi kategori penulis ialah Fundamental Science.... sedikit gambar buat tatapan umum pada hari pertama dalam pertandingan ini...

antara peserta lelaki, (nuar, faris, zul & me)

5. Bertolak dari UPSI pada jam 11.30 pagi...

Sebelum bertolak.. posing depan bas





di USM
Taklimat oleh urusetia
 6. Sampai di USM lebih kurang jam 6.00 petang... makan dan taklimat.. malamnya terus set up tempat atau booth masing - masing mengikut Universiti...



7. Masing - masing bersiap untuk menghias tempat masing - masing...

Ada juga yang study,,, cuak esok dah dihakimi..

8. Yang sudah siap bolehlah bergambar...heheh...

 9. And Lastly, siap semuanya.. masa untuk balik dan study lagi di bilik masing - masing... Gud Luck untuk kawan - kawan dan diri sendiri... Bersambung pula pada entri NRIC 2012 part 2... nantikan..

Assalamualaikum....=)