Teruskan Pembacaan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages

Wednesday, 8 August 2012

Cara Belajar di Bulan Ramadhan

1. Salam dan salam ramadhan... pertama sekali marilah kita bersyukur ke hadirat ALLAH SWT kerana kita masih lagi diberi peluang dan kesempatan untuk terus menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadan yang penuh kemuliaan ini... Alhamdulillah..

2. Post kali ni, ingin sekali aku ingin berkongsi cara belajar @ study di bulan ramadhan...

3. Cara study ini sesuai untuk para pelajar yang bakal menduduki PMR, SPM, STPM dan Peperiksaan akhir sem di kolej @ Universiti..

4. Kebanyakan daripada kita payah dan sukar untuk study selepas tarawih kerana mengantuk, nak tengok TV dan sebagainya...

5. Jadi, bagi mengatasi masalah itu, cara study yang efektif diperlukan.. cara ni aku apply masa belajar di Sekolah Alam Shah Putrajaya masa nak ambil SPM pada tahun 2006.. Cara study ini diamalkan oleh kebanyakan pelajar di sana dan oleh kawan2ku...

Di Sekolah Alam Shah dulu - dulu


6. Pertama sekali, Pergi solat Isyak dan Tarawih secara berjemaah di surau @ Masjid.

7. Yang kedua, selesai je solat tarawih (jangan solat witir lagi) terus tido dengan lenanya..

8. Ketiga, lebih kurang pukul 3 pagi, bangun semula terus study... jangan takut untuk study pada masa ini sebab bulan puasa hantu cuti...hahah..

9. Keempat, selepas study, lebih kurang pukul 5, buat Qiamullai.... solat Tahajjud, Solat Taubat, Solat Hajat, Baca Quran dan Solat Witir... Doa semoga apa yang kita belajar dari jam 3 tadi mudah - mudahan kita faham dan ingat.. insyaALLAH...

10. Bertambah untung jika kita Qiamullai jatuh pada malam Lailatul Qadar.. masyaALLAH.. makbul doa kita nak dapat kejayaan dalam peperiksaan.

11. Kelima, selepas Qiamullai, sahur dan solat subuh secara berjemaah... dan terus bersiap untuk ke sekolah...

12. Gerenti tak mengantuk... kejayaan tak akan datang tanpa usaha dan pengorbanan,,, so, berusahalah untuk study disamping kita mencari kelebihan malam seribu bulan.. insyaALLAH..

13. Cara study ini bagus sebab kita dah combinekan akademik dengan agama... di mana selepas kita study, kita pohon agar kita faham apa yang kita belajar...

14. Berikut merupakan ramalan malam LailatulQadar oleh Imam Al Ghazali...klik di sini

15. Mudah - mudahan usaha kita diberkati dan beroleh kejayaan,,,, selamat memburu malam Lailatul Qadar