Teruskan Pembacaan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages

Monday, 1 October 2012

PC 40 dalam kenangan

1. Salam dan salam sejahtera... hari ini cuma nak berkongsi dengan kawan - kawan berkenaan Pasukan Polis Marin,,,

Ni lambang lama Polis Marin (Pasukan Gerakan Marin)


2. Untuk pengetahuan semua,,, skop tugas Polis Marin sudah berubah sejak APMM ditubuhkan,,, kebanyakan kawasan laut diambil alih oleh APMM...

3. Lari je jalan cerita ni,, sebenarnya nak citer pasal salah satu Bot Polis Marin namely PC 40... dulu masa ayahku bertugas di K.Terengganu, beliau merupakan Ketua Jentera PC 40,,kalau tak silap la.. so, aku berpeluang juga la naik atas bot tersebut.. tido dalam bot,, memancing,, karaoke...macam - macam la..

Tabik Hormat terakhir buat PC 40


4. Pengalaman paling best, ikut pergi ronda,,, nak tengok Polis Marin bertugas macamana di sekitar perairan Pulau Kapas... sambil2 bertugas,, sempat jugak bercandat sotong... pertama kali candat sotong..huhhu,, atas bot polis pulak tu...

5. Jadi, beberapa hari lepas, Bot PC 40 ditamatkan tugasnya dan dijadikan tukun tiruan di sekitar Pulau Perhentian.... Bubbye PC 40.....

PC 40 = Tukun


6. Wasalam..