Monday 4 March 2013

Perlunya Pasukan Polis Marin

1. Salam dan salam sejahtera,,,pertama sekali marilah kita sedekahkan al - fatihah kepada perwira2 negara kita yang terkorban di Sabah. Semoga mereka mendapat syafaat syahid di sana,,,,amin.

2. Kali ini, nak berkongsi sikit mengenai peristiwa pencerobohan di Sabah,,,bukan bicara politik,,,tapi pendapat dan pandangan seorang rakyat Malaysia yang mahukan keamanan di bumi Malaysia.

3. Jika diteliti kata - kata seorang negarawan, perairan kita sungguh mudah dibolosi oleh mereka yang datang menaiki bot2 yang tak canggih... di perairan negara kita dikawal oleh beberapa agensi termasuk satu agensi yang baru ditubuhkan dan mempunyai segala kelengkapan dan kecanggihan, helikoter dan sebagainya. Namun mudah juga dibolosi oleh sampan2 yang tak de gps pun...

4. Jadi persoalannya sekarang,,,di mana agensi penguatkuasa yang bertugas selama ini???

5. Isu yang nak aku bincang bukan kes di sabah tapi lebih kepada perlunya Polis Marin di perairan negara. Kenapa?

6. banyak hujah yang kita boleh guna dan fikir secara logik, sebagai contoh JENAYAH ada di mana - mana..di daratan, lautan mahupun udara. Tugas utama Polis adalah mengesan dan membanteras jenayah tersebut.

7. Pihak PDRM dahulunya lengkap dari segi penguatkuasaannya, di daratan pelbagai cawangan seperti Trafik, PGA, GD..; di udara ada Unit Udara dan di Lautan ada Unit Polis Marin. Jadi, apajua aktiviti jenayah yang berlaku dapat dikesan dan disalurkan terus ke pusat PDRM seperti balai2 dan ibupejabat untuk tindakan lanjut.

8. Isunya, sekarang ini Polis Marin telah di lumpuhkan, penguatkuasaan hanyalah di sungai dan tasik serta pantai. Aset Polis Marin seperti Bot PZ,PX diserahkan kepada agensi lain, kuarters, ibupejabat juga diserahkan... secara logiknya, telah lumpuh satu organisasi penting dalam PDRM iaitu penguatkuasaan di Lautan.

9. Untuk makluman semua, Polis Marin bukan sahaja di antara beberapa cawangan dalam PDRM tetapi lebih kepada keperluan operasional PDRM dalam menjalankan tugas seperti yang termaktub dalam Akta Polis 1967.

10. Dalam mesyuarat kabinet 2 tahun lepas, sudah diputuskan Polis Marin akan ditamatkan khidmatnya...rujuk di sini

11. Sungguh mudah kerajaan melupakan segala jasa dan pengorbanan Pegawai dan anggota Polis Marin selama ini,,,berapa ramai yang terkorban mempertahankan kedaulatan negara...

12. Balik semula isu pencerobohan di Sabah,,,kenapa penceroboh sudah menjejakkan kaki di tanah baru maklumat sampai ke pihak polis,,,, logiknya tiada penguatkuasaan dan pemantauan lagi oleh Polis Marin. jelas di sini, miss information...

13. Aku berharap, Kerajaan terutamanya Kementerian Dalam Negeri fikir semula tentang keputusan Kabinet ingin menamatkan khidmat Polis Marin. Mereka sangat diperlukan.

14. Sekian,,,, sekadar luahan pendapat


Polis Marin juga mempunyai unit komando yang dikenali dengan UNGERIN dan pakar tempur laut. Unit inilah yang dilihat mampu mengawasi perairan negara dengan lebih berkesan


WaterCat dan Jetski...aset yang masih ada bersama Polis Marin

UNGERIN - skuad elit tempur laut

Setidak-tidaknya dia telah mengingatkan pada Malaysia betapa luasnya sempadan Negara 

Petikan DR 17/11/2009 (Muka Surat 41)
 
Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Ya, Yang Berhormat Kinabatangan.
 
12.40 tgh.
 
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Ada
tiga perkara iaitu P.6, Butiran 18000 - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia. B.6, Butiran 020200 - Unit Perancang Ekonomi dan juga P.6, Butiran 71000 – Penyelarasan Program Pembasmian Kemiskinan.
 
Tuan Pengerusi, saya mendapat maklumat bahawa kerajaan berhasrat untuk melupuskan Pasukan Polis Marin itu dan diganti dengan pasukan maritim yang sedia ada. Sekiranya ini benar-benar berlaku, maka kebimbangan saya dan ramai lagi rakyat Malaysia terhadap keputusan ini amat melebar, iaitu kita maklum bahawa pasukan maritim ini baru sahaja diwujudkan di negara kita lebih kurang dua tahun atau tiga tahun. 

Bayangkan bagaimana anggota Polis Marin itu sendiri telah berkhidmat dengan Polis Marin, tetapi tiba-tiba kerajaan membuat perakuan untuk membubarkan pasukan ini dan diambil alih oleh maritim. Ini pada saya, dalam keadaan negara kita pada hari ini Tuan Pengerusi pun maklum, bahawa sempadan kita terlalu luas terutama sekali di Sabah, di kawasan Kelantan, Terengganu, Sarawak dan sebagainya. Apabila sempadan ini luas, maka unsur-unsur negatif jenayah penyeludupan,
perdagangan manusia berleluasa.
 
Hari ini kita ada empat, lima pasukan pengawasan. Kita ada Polis Marin, kita ada
maritim, kita ada kastam, kita ada imigresen, kita ada tentera, kita ada Polis Hutan, macam-macam ada, tetapi masih banyak juga unsur-unsur jenayah yang melanda di dalam negara kita. Yang sedihnya, yang anehnya, lapangan terbang kita juga dibolosi oleh penyeludup. Iaitu baru-baru ini saya terbaca pagi tadi, dadah jenis Syabu dianggarkan berjuta-juta ringgit boleh lolos dari lapangan terbang dan di hotel pula baru ditemui. Malu kita dengan negara-negara lain. Seharusnya lapangan terbang yang sebegini canggih dilengkapi dengan alat-alat pengesan yang cukup canggih sehingga apa sahaja benda dia bawa, maka boleh didapati dengan begitu mudah,
tetapi tidak tahulah bagaimana pentadbiran di lapangan terbang ini boleh berlaku.

Jadi bayangkanlah bagaimana maritim itu sendiri boleh menguatkuasakan undang-undang atau boleh melaksanakan tanggungjawabnya di sempadan dengan berseorangan. Apa akan berlaku dengan negara kita? Kebimbangan saya bahawa kita akan berhadapan dengan satu mala petaka yang mungkin tidak boleh kita duga pada masa akan datang. 

Jadi saya mencadangkan hari ini kepada kerajaan supaya hasrat untuk membubarkan Pasukan Polis Marin itu sendiri supaya ditangguhkan dan jangan sekali-kali mengizinkan satu badan seperti Maritim Malaysia untuk mengambil alih tugas-tugas Pasukan Polis Marin ini sebab ia akan mendatangkan kemungkinan-kemungkinan yang tidak boleh kita duga.
 
 
http://www.parlimen.gov.my/hindex/pdf/DR-17112009a.pdf untuk pengesahan Parlimen 17/11/2009.
















Petikan DR 17/11/2009 (Muka Surat 41)


Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Ya, Yang Berhormat Kinabatangan.

12.40 tgh.

Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Ada
tiga perkara iaitu P.6, Butiran 18000 - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia. B.6, Butiran 020200 - Unit Perancang Ekonomi dan juga P.6, Butiran 71000 – Penyelarasan Program Pembasmian Kemiskinan.

Tuan Pengerusi, saya mendapat maklumat bahawa kerajaan berhasrat untuk melupuskan Pasukan Polis Marin itu dan diganti dengan pasukan maritim yang sedia ada. Sekiranya ini benar-benar berlaku, maka kebimbangan saya dan ramai lagi rakyat Malaysia terhadap keputusan ini amat melebar, iaitu kita maklum bahawa pasukan maritim ini baru sahaja diwujudkan di negara kita lebih kurang dua tahun atau tiga tahun.

Bayangkan bagaimana anggota Polis Marin itu sendiri telah berkhidmat dengan Polis Marin, tetapi tiba-tiba kerajaan membuat perakuan untuk membubarkan pasukan ini dan diambil alih oleh maritim. Ini pada saya, dalam keadaan negara kita pada hari ini Tuan Pengerusi pun maklum, bahawa sempadan kita terlalu luas terutama sekali di Sabah, di kawasan Kelantan, Terengganu, Sarawak dan sebagainya. Apabila sempadan ini luas, maka unsur-unsur negatif jenayah penyeludupan, perdagangan manusia berleluasa.

Hari ini kita ada empat, lima pasukan pengawasan. Kita ada Polis Marin, kita ada maritim, kita ada kastam, kita ada imigresen, kita ada tentera, kita ada Polis Hutan, macam-macam ada, tetapi masih banyak juga unsur-unsur jenayah yang melanda di dalam negara kita. Yang sedihnya, yang anehnya, lapangan terbang kita juga dibolosi oleh penyeludup. Iaitu baru-baru ini saya terbaca pagi tadi, dadah jenis Syabu dianggarkan berjuta-juta ringgit boleh lolos dari lapangan terbang dan di hotel pula baru ditemui. Malu kita dengan negara-negara lain. Seharusnya lapangan terbang yang sebegini canggih dilengkapi dengan alat-alat pengesan yang cukup canggih sehingga apa sahaja benda dia bawa, maka boleh didapati dengan begitu mudah, tetapi tidak tahulah bagaimana pentadbiran di lapangan terbang ini boleh berlaku.

Jadi bayangkanlah bagaimana maritim itu sendiri boleh menguatkuasakan undang-undang atau boleh melaksanakan tanggungjawabnya di sempadan dengan berseorangan. Apa akan berlaku dengan negara kita? Kebimbangan saya bahawa kita akan berhadapan dengan satu mala petaka yang mungkin tidak boleh kita duga pada masa akan datang.

Jadi saya mencadangkan hari ini kepada kerajaan supaya hasrat untuk membubarkan Pasukan Polis Marin itu sendiri supaya ditangguhkan dan jangan sekali-kali mengizinkan satu badan seperti Maritim Malaysia untuk mengambil alih tugas-tugas Pasukan Polis Marin ini sebab ia akan mendatangkan kemungkinan-kemungkinan yang tidak boleh kita duga.

Berikut kenyataan YB Kinabatangan mengenai keputusan membubarkan Polis Marin...

No comments: