Saturday 29 June 2013

Berakhirnya title "Guru Ganti"

1. Salam dan selamat,,, pada tanggal 27 Jun 2013 (Isnin), maka tamatlah tugasku sebagai Guru Ganti di SMK Merchang....

2. Perasaan gembira plus sedih ler...gembira dapat posting,,sedih sbb ..tau2 je la...

3. 24 Jun,, penempatan mula dikeluarkan oleh Kementerian,,,setahun setengah tunggu,,, fuhh.. Alhamdulillah,,, penantian berakhir,,,
Alhamdulillah,,, ke Selangor la kite..


4. So, 27 jun adalah hari terakhir aku bertugas di SMK Merchang. Untuk rekod, bertugas sebagai Guru Ganti di SMK Merchang sebanyak 6 kali... haha,,, macam2 subjek aku mengajar.. Sains, English, Geografi, kaunselor pun jadi,,warden pun jadi... memang teramat banyak pengalaman...

5. Kepada Cikgu2 di SMK Merchang,,,Pihak Pengurusan, Guru - guru, Staf,,,,terima kasih atas segalanya...teramat banyak ilmu dan bekalan yang dicurahkan kpd aku untuk menjadi guru tetap.. thankss...

6. Terima kasih tidak terhingga kpd Pengurusan sekolah kerana terus mempercayai aku hingga menggantikan  6 orang guru... hehehe... 

7. Sedikit kenangan (gambo) untuk diabadikan dlm blogku,,,semoga menjadi kenangan termanis bagi ku...
buat kali terakhir tulis buku rekod,,hehe
Tempatku dlm bilik guru

Tempat rehat guru2 lelaki...


Punchcard kali terakhir di SMKM



Kantin Sekolah,,, tempat paling best... tempat release tension guru2..



Dapat hadiah drpd pengurusan, pihak library & English Department,, tQ2!!


Isi hadiah di atas,,, kaen untuk baju raya tu,,, Didik anak Gaya Nabi,, nak suruh cpat kawen


Thanks for everything...the family of SMKM

Thursday 6 June 2013

Persatuan Sukarelawan Polis (PSP) UPSI

1. Salam,,, alamak,, tak ngantok la pulak,,, asyik dengar Radio SUKSIS UPSI FM... kagum aku adik2 SUKSIS ni hebat2,,,ade radio tu,, mantap2...

2. Kali ini sambung berkenaan pengalaman dalam SUKSIS,,,, tapi lebih kpd persatuan,,,,,

3. Diikutkan sejarah,,,pada asalnya persatuan ini dahulunya dikenali dengan Pasukan Gerakan SUKSIS (PGS) dan ditubuhkan pada tahun 2008.... Presiden yang pertama Tuan Jo....

4. Masuk tahun kedua, Presiden Tuan Yusof... aku dilantik sebagai Exco Agama... Menjawat jawatan ni memang berat la... Ilmu agama x ke mana pun,,, tp bertanya pada yang arif la pada masa tu,,,ditugaskan buat Buletin Suksis,,, bahagian agama la,,,, rujukan aku ialah Pengarah Pusat Agama Islam UPSI... bab agama tak boleh maen2...

5. Masuk tahun ketiga,,,zaman Senior... secara tak disangka dipilih sebagai Presiden PGS tahun 2009/2010. Memang lagi berat la tanggungjawab bos!!....tapi Alhamdulillah,,, MT persatuan yang dipilih sangat hebat dan sangat membantuku,,, tanpa kalian x boleh bwat pape la ambe..,,hahah...

Majlis Tertinggi PSP 2010/2011
6. Meeting pertama pemilihan exco dan pembahagian portfolio... kesepakatan tu penting dan biarkan portfolio dipegang oleh ahlinya (mahir)... contoh exco sukan mesti yang ade ilmu mengenai sukan... 

7. Perkara yang kedua aku bawak ialah perubahan program yang selama ini hampir semuanya program dalaman (dlm UPSI je) berubah menjadi program Luaran...bermakna pergerakan keluar dari UPSI. Antara program dalaman yg wajib dijalankan ialah MSK junior, Sambutan Hari Raya, Raikan Pegawai Tauliah.. 

8. Alhamdulillah,,, kami dapat siapkan hampir 10 kertas kerja kpd HEP untuk program Luaran. Alhamdulillah sekali lagi semua diluluskan dan 3 program tersebut berjalan,,,antaranya Delegasi ke UMP, Delegasi ke Bukit Aman, Kejohanan Sutra...

AGM PSP 2011/2012


9. Seterusnya, pertukaran nama persatuan daripada Pasukan Gerakan SUKSIS kepada Persatuan Sukarelawan Polis (PSP) atas nasihat HEP. So, buatla perlembagaan baru,,, ahli bukan SUKSIS boleh menyertai PSP...dikenali dengan ahli tidak bersekutu...

10. Next, pelancaran logo PSP... logo dah hilang plak,,, ade dengan pecipta logo kot,,, tuan Zaki & tuan Shah,,,

11. Antara program yang boleh aku klasifikasikan sebagai sangat berjaya ialah Delegasi Ilmu ke UMP, Kejohanan SUTRA & Delegasi ke Bukit Aman dan disamping program dalaman seperti program Berbuka Puasa dan solat tarawih, sambutan hari raya, raikan pegawai tauliah, liga SUKSIS dan sebagainya.

Yang pakai Jaket : MT dan Exco PSP hebat!!!! baju batik hebat jgak..


12. Next post aku akan ceritakan kontrovesi yg melanda diriku sepanjang aku menjawat jawatan yang sgt mencabar ni,,,tp sangat membantuku dari segi pengalaman, ilmu kepimpinan dan berpersatuan,,, Mahaguruku, Tn Shahdan, penasihat persatuan merangkap Pegawai Akademik SUKSIS UPSI banyak membantuku,, terima kasih Tuan!!!!...

Tn Shahdan..(kiri)


Letak jawatan dah,,, bersama Tn Najib,,, Ajutan SUKSIS UPSI

MT @ Exco PSP 2010/2011

Exco PSP (girls)

Exco PSP

Exco PSP





Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi (SUKSIS) UPSI

1. Salam dan selamat,,, lama tak update blog... rasa nak post pasal pengalaman2 lepas pulak... so, nak share lah pengalaman yang paling best n manis mase belajar dulu2...

2. Sukarelawan Polis Siswa Siswi (SUKSIS) UPSI... pengalaman yang tak kan dapat aku lupakan sepanjang belajar kt sana.....

3. Nak dijadikan cerita,,, sebenarnya pergi ujian fizikal untuk teman sahabatku,,, Zulhelmi Akmen,,, tp terpikir alang2 da hantar borang,,, try la... last2 lekat... join la SUKSIS...

4. Pada mulanya,,,jujurnye aku ni memang seorang yg pendiam...tak reti nak bergaul...tak de ciri kepimpinan,,, tp Alhamdulillah,,, berkat Mahaguruku,,jurulatih2 SUKSIS UPSI,,, sahabat2 SUKSIS yg sgt sempoi mengubah diriku ini,,,hahah

dari Kiri : Suami org tu,, Ab Shafiq, Aku, Zulhelmi....
5. Sepanjang 3 tahun dalam SUKSIS terlampau banyak kenangan manis dan duka yg tak kan dapat aku lupakan,,,, setiap Semester mesti ade program samada dr pihak SUKSIS mahupun persatuan...

6. Tahun kedua hidupku berubah sedikit demi sedikit.... mula aktif dalam persatuan di bawah naungan HEP iaitu Pasukan Gerakan SUKSIS (PGS) sebagai exco agama... banyak ilmu kepimpinan yang dapat aku pelajari... bab persatuan ini panjang ceritanya,, akan diceritakan kembali...hehhe..

7. Banyak membebel pulak,,,, tgok gambar je la.... 

Kejohanan SUTRA di UUM,, tempat ke 2

orang kuat Persatuan Sukarelawan Polis (PSP)

Batch SUKSIS 08/11


di Unit Udara

CSi,,, Maktab Polis


SM 2010/2011..SM Sallehudin..

Kenangan di Trolak...
Acara akhir di SUKSIS UPSI sebelum tauliah,,, makan beradat




Mahaguru : SJN Noor Kamarulbahrin... @ kucing tanah



bersama sifu2 @ Jurulatih SUKSIS UPSI yang banyak berjasa
Pelatih Latihan Luar Terbaik... (nama edit tp ni btol tau,,,)

8. Sebenarnya banyak lagi mende yang nak dishare tp dah ngantok la pulak,,, tp part Persatuan memang akan dikongsikan bersama,,,,sbb memang banyak sangat pengalaman pahit, manis, masam, masin,,, semua adaaa.... teruskan pembacaan berkenaan dengan Persatuan Sukarelawan Polis (PSP) UPSI...