Tuesday 13 November 2018

Jalan - jalan hujung minggu ke Pantai Aceh

1. As Salam dan Salam Sejahtera.... Kali ini edisi #throwback...ke Pantai Aceh, Pelabuhan Klang.

2. Pantai Aceh merupakan salah satu pantai yang terdapat di Pelabuhan Klang dan yang menariknya pantai ini mempunyai pesisir pantai berpasir cuma 2km sahaja.

Peta ke Pantai Aceh, bukan di Indonesia ya...
3. Perjalanan menuju ke Pantai Aceh ini agak mencabar kerana kami pada awalnya tersesat di pertengahan jalan. Kami menempuh lebuhraya yang belum siap, melalui kampung Melayu dan offroad yang agak mencabar. Kebetulan pula sampai tepat jam 12.00 tengahari. Panas nya lain macam.

Cari port bawah pokok...panass
4. Pengunjung yang hadir ke sana tidak begitu ramai, mungkin Pantai Aceh ini tidak begitu dikenali seperti Pantai - pantai peranginan yang lain. Warung jual air, makanan ringan ada sebuah. Sesuai untuk kaki pancing sebab nampak macam ramai kaki pancing datang.


Nak mandi laut katanya

Semakin menuju ke Laut
 5. Pantai Aceh menghadap Selat Melaka, jadi kita boleh nampak beberapa buah kapal kontena berada di laut. Pasirnya agak berselut dan air lautnya berwarna agak gelap. Tak sama laut di Terengganu.

Adik tak dapat join mandi
 6. Jom mandi... antara kebaikan bawa anak mandi laut adalah kita dapat meningkatkan keyakinan diri anak kita, perasaan ditolak ombak, tertelan air masin, bermain selut, mandi selut. Semua itu pengalaman dan self confidence...

Dulu bukan main takut nak mandi laut




Nikmat mandi laut

Bagi main selut pula
7. Hampir 2 jam lepak di pantai, kita balik la... nak ajak balik bukan main susah, menangis nak main lagi...

8. So, kepada kawan- kawan, Pantai Aceh tak la sehebat Pantai Port Dickson tapi berbaloi la setakat nak lepas gian mandi laut. Jumpa lagi lain masa...

Terima kasih






No comments: