Sunday 17 February 2019

PENDAFTARAN KADET POLIS 2019 (SMK Puchong Perdana)

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pelajar..

1. Berikut disertakan Borang Pendaftaran untuk menyertai Unit Beruniform Kadet Polis SMK Puchong Perdana bagi Tahun 2019.

2. Kor Kadet Polis SMK Puchong Perdana merupakan antara Unit Beruniform yang aktif dengan bantuan NGO Community Policing (CP) Balai Polis Bukit Puchong.

3. Antara cadangan aktiviti bagi tahun 2019 adalah seperti berikut :


  • Lawatan ke Muzium Polis Di Raja Malaysia, Kuala Lumpur

  • Lawatan ilmiah ke Pusat Pemantauan Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur
  • Aktiviti bersama Skuad Khas Pasukan Polis Marin, Unit Gempur Marin (UNGERIN)
  • Pendedahan ilmu forensik di Maktab Polis Cheras, Kuala Lumpur
  • "The Making of a Sharp Shooter"
  • "survival" bersama Pasukan Gerakan Am (PGA) Cheras
  • Kursus Renang berjasam jurulatih Renang di PULAPOL KL
4. Semoga segala aktiviti yang dirancang berjalan dengan lancar.

5. Sila KLIK link di bawah untuk pendaftaran



Wednesday 21 November 2018

Be A Real Cops (Latihan Kadet Polis bersama Jurulatih PULAPOL KL)

As Salam dan Selamat Sejahtera.

1. Entry kali ini bukannya berkenaan jalan - jalan family macam sebelum - sebelum ini. Memandangkan saya dilantik sebagai Guru Kadet Polis sejak posting, banyak juga program yang saya anjurkan with and without our IPD...

2. Kebiasaannya, aktiviti Kor Kadet Polis telah dirangka dan diatur oleh Pihak Kementerian dan pihak Polis DiRaja Malaysia seperti perkhemahan tahunan yang mengandungi pertandingan menembak M16, mara lasak, rentas halangan, orientaring dan sebagainya.

3. Jadi, memandangkan tempat untuk mewakili sesebuah IPD amat terhad, saya terfikir akan modul yang saya dan kawan - kawan pernah lalui semasa latihan SUKSIS di IPTA. klik di sini seperti lawatan - lawatan ke markas sebenar PDRM.

4. Kebetulan pula, dengan izin Ilahi, Kor Kadet Polis SMK Puchong Perdana disokong oleh NGO iaitu Polis Komuniti Balai Polis Bukit Puchong (CP). Jadi, saya fikir ini adalah peluang terbaik untuk mengaktifkan aktiviti selain kem tahunan.


5. Antara impian saya adalah membawa Kadet Polis ke Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur yang terletak di Jalan Semarak KL. Menurut Pegawai dan Jurulatih Pulapol KL ini adalah kali pertama dalam Malaysia Kadet Polis menjalani latihan 3 hari 2 malam bersama dengan Pelatih Inspektor di Pulapol KL. Bangga sikit di situ..haha

6. Jadi, program ini diberi nama "Be A Real Cops". Perjalanan program bukan lah senang. Banyak siri perjumpaan bersama pegawai dan pihak CP serta urusan dengan pihak Pejabat Pendidikan Daerah. Alhamdulillah semuanya beres.

7. Jadi, dikesempatan ini, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada sahabat saya yang melancarkan program ini iaitu Insp Hafizi (Pegawai Kompeni), ASP Hafiz (Pegawai Latihan), Insp Ishrak (Ketua Guru Kawad), Sjn Jamal dan Kpl Mui (Jurulatih), Community Policing En Sarifuddin yang banyak membantu.

8. Jadi, kita layan gambar la pula....

Baru sampai, kita bergambar di pintu masuk legend

Kita pun nak bergambo

Kadet akan tidur di Kompeni
 9. Yang paling menarik, Kadet akan tidur di Kompeni, pengalaman sangat berharga buat Kadet Polis. Kebetulan, Kadet Polis lelaki tidur dalam dorm yang pernah didiami oleh Almarhum Tunku Jalil sewaktu baginda menjalani latihan dahulu.

Siap nak kawad kaki bersama pelatih
 10. Kawad kaki di padang kawad Pualpol merupakan antara aktiviti yang paling menyeronokkan kerana Kadet Polis sama - sama menjalani latihan bersama Kadet Pelatih yang lain.

Kawad Kaki bersama pelatih Inspektor. Saya pun join

Kadet perempuan

Waktu rehat, terima kasih Puan bagi pinjamnak bergambar

Kawad Kaki

Kawad Kaki

Teori senjata M16


Seni Mempertahankan Diri (SMD)


SMD

Kelas renang

Renang di pusat akuatik 

Sedang menjalani latihan bersama jurulatih
 11. Kelas renang di Pusat Akuatik Pulapol KL menyebabkan beberapa orang Kadet boleh berenang.

Gambar Kenangan bersama jurulatih
 12. Majlis penutup dihadiri oleh Komandan Pulapol, SAC Samsudin Bin Mat, Timbalan Komadan, Pegawai Latihan, Ketua Guru Kawad, Community Policing, Tn Pengetua SMK Puchong Perdana. Kami sangat berbesar hati di atas kesudian Tuan Komandan untuk hadit ke Majlis Penutup ini.

Majlis Penutup bersama Komandan Pulapol

Jamuan makan tengah hari

Bergambar bersama VVIP

Jurulatih PULAPOL, Sjn Jamal dan Kpl Mui Lin

13. Agak panjang entri kali ini sebab pengalaman seperti ini susah kita nak dapat. Exited pula. Jadi, ini lah antara program yang paling berharga sepanjang saya menjadi Guru Kadet.

14. Dulu, ada peluang nak masuk Pulapol ini, 4 surat tawaran untuk Inspektor. Tapi takdir Ilahi, kita jadi Inspektor Kadet Polis je..hahhaha..

15. Next entri saya akan share pula lawatan Kadet Polis ke Pasukan Polis Marin. Wasalam..












Tuesday 13 November 2018

Jalan - jalan hujung minggu ke Pantai Aceh

1. As Salam dan Salam Sejahtera.... Kali ini edisi #throwback...ke Pantai Aceh, Pelabuhan Klang.

2. Pantai Aceh merupakan salah satu pantai yang terdapat di Pelabuhan Klang dan yang menariknya pantai ini mempunyai pesisir pantai berpasir cuma 2km sahaja.

Peta ke Pantai Aceh, bukan di Indonesia ya...
3. Perjalanan menuju ke Pantai Aceh ini agak mencabar kerana kami pada awalnya tersesat di pertengahan jalan. Kami menempuh lebuhraya yang belum siap, melalui kampung Melayu dan offroad yang agak mencabar. Kebetulan pula sampai tepat jam 12.00 tengahari. Panas nya lain macam.

Cari port bawah pokok...panass
4. Pengunjung yang hadir ke sana tidak begitu ramai, mungkin Pantai Aceh ini tidak begitu dikenali seperti Pantai - pantai peranginan yang lain. Warung jual air, makanan ringan ada sebuah. Sesuai untuk kaki pancing sebab nampak macam ramai kaki pancing datang.


Nak mandi laut katanya

Semakin menuju ke Laut
 5. Pantai Aceh menghadap Selat Melaka, jadi kita boleh nampak beberapa buah kapal kontena berada di laut. Pasirnya agak berselut dan air lautnya berwarna agak gelap. Tak sama laut di Terengganu.

Adik tak dapat join mandi
 6. Jom mandi... antara kebaikan bawa anak mandi laut adalah kita dapat meningkatkan keyakinan diri anak kita, perasaan ditolak ombak, tertelan air masin, bermain selut, mandi selut. Semua itu pengalaman dan self confidence...

Dulu bukan main takut nak mandi laut




Nikmat mandi laut

Bagi main selut pula
7. Hampir 2 jam lepak di pantai, kita balik la... nak ajak balik bukan main susah, menangis nak main lagi...

8. So, kepada kawan- kawan, Pantai Aceh tak la sehebat Pantai Port Dickson tapi berbaloi la setakat nak lepas gian mandi laut. Jumpa lagi lain masa...

Terima kasih






Saturday 3 November 2018

Jalan - jalan hujung minggu ke Selangor Fruit Valley


1. Assalamualaikum dan selamat sejahtera...
Genap 2 tahun tidak update blogku ini..

2. Jadi, demi mengekalkan memori indah bersama keluarga dalam alam maya, ku akan teruskan mengemaskini blog ini, insyaAllah...

3. Kebiasaannya, hujung minggu mesti akan bawa anak isteri jalan - jalan, hari ini (3/11/2018) plan ke Selangor Fruit Valley yang terletak di Rawang, Selangor..


4. Perjalanan dari Puchong lebih kurang 57km, banyak lalu jalan pintas... Sampai lebih kurang jam 11.00 pagi...cuaca redup tapi hangat... Kami diangkut oleh tram yang disediakan di sini...mau mak jalan kaki, 150 ekar bro...

5. Persinggahan pertama sebelum ke ladang, kita tengok anak pokok dahulu...


Ni lada hitam, walaupun hijau

Sarang kelulut


6. 15 minit, tram pun sampai, kita akan masuk ladang dan perhentian seterusnya ada taman rusa, taman arnab..

Tram



Iron mans

Rusa
 7. Perhentian seterusnya kita main arnab dulu... Hamster pun ada, landak pun ada...


Tengok dari jauh


Usap bulu arnab, bagi confident skit kt anak




Si adik pun nak main juga


Baby landak
 8. Setelah hampir 20 minit, tukar lagi tram, kita ke rumah contoh selangor dan kandang kambing pula..
Tram ni ditunda traktor

Seat vvip paling depan
9. Perjalanan naik naik tram ketiga ini agak jauh tapi seronok...off road separuh jalan... Terbakor lemok ambe.... Lebih kurang 15 minit sampai...

Angsa
10. Persinggahan terakhir ini menunjukkan suasana kampung, ada rumah tradisional, belakang rumah ada reban ayam, itik, angsa, kandang kambing pun ada, tepi rumah pula ada pokok kelapa.... Memang kampung lerr...

Rumah tradisional selangor

Madu kelulut ada dijual di sini

Reban ayam

Kandang kambing

Orang kampung

Cari "lauk"
11. Perhentian ini lebih kurang 15 minit, cuaca masa ini makin panas, sempat minum air kelapa hilangkan dahaga, rm3 sebiji...

12. Perjalanan tram terus ke tempat parking mula - mula masuk tadi... Alhamdulillah, selesai pengembaraan dalam ladang 150 ekar...

13. Jadi, kepada kawan - kawan, jemput datang, tak rugi bawa anak - anak tengok flora dan fauna...

14. Tiket : dewasa cuma rm10 seorang, kanak - kanak 4 tahun ke atas RM 5...

Jumpa lagi jalan - jalan hujung minggu akan datang...

Maaf ye, panjang skit, lama tak memblog...