Wednesday 21 November 2018

Be A Real Cops (Latihan Kadet Polis bersama Jurulatih PULAPOL KL)

As Salam dan Selamat Sejahtera.

1. Entry kali ini bukannya berkenaan jalan - jalan family macam sebelum - sebelum ini. Memandangkan saya dilantik sebagai Guru Kadet Polis sejak posting, banyak juga program yang saya anjurkan with and without our IPD...

2. Kebiasaannya, aktiviti Kor Kadet Polis telah dirangka dan diatur oleh Pihak Kementerian dan pihak Polis DiRaja Malaysia seperti perkhemahan tahunan yang mengandungi pertandingan menembak M16, mara lasak, rentas halangan, orientaring dan sebagainya.

3. Jadi, memandangkan tempat untuk mewakili sesebuah IPD amat terhad, saya terfikir akan modul yang saya dan kawan - kawan pernah lalui semasa latihan SUKSIS di IPTA. klik di sini seperti lawatan - lawatan ke markas sebenar PDRM.

4. Kebetulan pula, dengan izin Ilahi, Kor Kadet Polis SMK Puchong Perdana disokong oleh NGO iaitu Polis Komuniti Balai Polis Bukit Puchong (CP). Jadi, saya fikir ini adalah peluang terbaik untuk mengaktifkan aktiviti selain kem tahunan.


5. Antara impian saya adalah membawa Kadet Polis ke Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur yang terletak di Jalan Semarak KL. Menurut Pegawai dan Jurulatih Pulapol KL ini adalah kali pertama dalam Malaysia Kadet Polis menjalani latihan 3 hari 2 malam bersama dengan Pelatih Inspektor di Pulapol KL. Bangga sikit di situ..haha

6. Jadi, program ini diberi nama "Be A Real Cops". Perjalanan program bukan lah senang. Banyak siri perjumpaan bersama pegawai dan pihak CP serta urusan dengan pihak Pejabat Pendidikan Daerah. Alhamdulillah semuanya beres.

7. Jadi, dikesempatan ini, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada sahabat saya yang melancarkan program ini iaitu Insp Hafizi (Pegawai Kompeni), ASP Hafiz (Pegawai Latihan), Insp Ishrak (Ketua Guru Kawad), Sjn Jamal dan Kpl Mui (Jurulatih), Community Policing En Sarifuddin yang banyak membantu.

8. Jadi, kita layan gambar la pula....

Baru sampai, kita bergambar di pintu masuk legend

Kita pun nak bergambo

Kadet akan tidur di Kompeni
 9. Yang paling menarik, Kadet akan tidur di Kompeni, pengalaman sangat berharga buat Kadet Polis. Kebetulan, Kadet Polis lelaki tidur dalam dorm yang pernah didiami oleh Almarhum Tunku Jalil sewaktu baginda menjalani latihan dahulu.

Siap nak kawad kaki bersama pelatih
 10. Kawad kaki di padang kawad Pualpol merupakan antara aktiviti yang paling menyeronokkan kerana Kadet Polis sama - sama menjalani latihan bersama Kadet Pelatih yang lain.

Kawad Kaki bersama pelatih Inspektor. Saya pun join

Kadet perempuan

Waktu rehat, terima kasih Puan bagi pinjamnak bergambar

Kawad Kaki

Kawad Kaki

Teori senjata M16


Seni Mempertahankan Diri (SMD)


SMD

Kelas renang

Renang di pusat akuatik 

Sedang menjalani latihan bersama jurulatih
 11. Kelas renang di Pusat Akuatik Pulapol KL menyebabkan beberapa orang Kadet boleh berenang.

Gambar Kenangan bersama jurulatih
 12. Majlis penutup dihadiri oleh Komandan Pulapol, SAC Samsudin Bin Mat, Timbalan Komadan, Pegawai Latihan, Ketua Guru Kawad, Community Policing, Tn Pengetua SMK Puchong Perdana. Kami sangat berbesar hati di atas kesudian Tuan Komandan untuk hadit ke Majlis Penutup ini.

Majlis Penutup bersama Komandan Pulapol

Jamuan makan tengah hari

Bergambar bersama VVIP

Jurulatih PULAPOL, Sjn Jamal dan Kpl Mui Lin

13. Agak panjang entri kali ini sebab pengalaman seperti ini susah kita nak dapat. Exited pula. Jadi, ini lah antara program yang paling berharga sepanjang saya menjadi Guru Kadet.

14. Dulu, ada peluang nak masuk Pulapol ini, 4 surat tawaran untuk Inspektor. Tapi takdir Ilahi, kita jadi Inspektor Kadet Polis je..hahhaha..

15. Next entri saya akan share pula lawatan Kadet Polis ke Pasukan Polis Marin. Wasalam..












No comments: