Saturday 17 December 2011

Berita Tasik Kenyir PGM W3

Laporan berkenaan isu ayahku, Sjn Ibrahim b Awang jumpa anak YB dalam semak kt Tasik Kenyir..


                                                            Sarjan Ibrahim B Awang


Saya....Saya Anak YB"
“Tolong saya, saya anak YB”.

Demikian rayuan lemah anak kepada seorang wakil rakyat di Terengganu yang ditemui dalam keadaan tidak berdaya dengan pelbagai kesan luka pada bahagian muka dan badan berhampiran kawasan semak di Sungai Buweh, Tasik Kenyir, pagi kelmarin.

Mangsa yang berumur 20-an itu ditemui kira-kira jam 10 pagi lengkap berpakaian seluar trek dan berbaju T oleh Penyelia Markas Tektikal Pasukan Gerakan Marin, Tasik Kenyir, Sarjan Ibrahim Awang ketika beliau membuat rondaan darat menaiki ‘land rover’ di kawasan itu.

Menurut Ibrahim, sewaktu membuat rondaan, secara tiba-tiba dia terlihat seorang lelaki (mangsa) duduk berhampiran semak dalam keadaan tidak berdaya lalu terus menuju ke arahnya untuk melihat serta mengetahui situasi sebenar.

“Sebaik menghampirinya, saya bertanya apa yang dia lakukan dan dalam keadaan lemah longlai dia meminta pertolongan sambil memberitahu dia merupakan anak YB. Mulanya, saya tidak percaya lalu terus bertanya siapa YB dimaksudkan itu.

“Mangsa kemudiannya memberitahu nama bapanya, dan ketika itu juga meminta nombor telefon YB terbabit daripada mangsa untuk memaklumkan perkara itu. Ternyata betul dia merupakan anak wakil rakyat berkenaan setelah saya berjaya menghubungi bapanya,” katanya.

Ibrahim berkata, dia terus membawa mangsa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Terengganu untuk membuat laporan polis dan sewaktu dalam perjalanan, dia juga kelihatan takut sehingga berkali-kali bertanyakan kepadanya betul atau tidak dia ingin membawanya ke Kuala Berang.

“Ketika berbual dengannya dalam perjalanan, saya agak terkejut apabila mangsa memberitahu dia diculik dan dibelasah di Kuala Lumpur, serta dibawa ke Cameron Highland sebelum dihantar ke tempat dia ditemui.

“Malah, dia juga tidak ingat berapa hari kejadian itu menimpanya tetapi hanya mengingati dirinya diculik di Kuala Lumpur sebelum dibawa ke Cameron Highland.

“Sejauh mana kebenarannya tidak pasti kerana mungkin ingatannya terganggu kesan kecederaan dialaminya,” kata Ibrahim ketika ditemui Sinar Harian di Kuala Berang, semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Tengku Hamzah Tengku Abdullah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkaitan, namun memberitahu, ia sebenarnya berpunca daripada pergaduhan keluarga di kawasan tempat tinggal mereka dan perkara itu disahkan bapa mangsa.

2 comments:

mika_mika said...

Igtkn post ni nk ckp en topik ni anak YB.... ngeee~~~~

topex3007 said...

haha,, anak YB?? YB terus la.. Yang Bahagia.. hehehe...