Saturday 1 October 2016

Ariq @ Light Sensation 2016

1. Assalamualaikum dan salam sejahtera...

2. Entri kali ini Ariq nak share pengalaman ke Sensation Light 2016 di MAEPS Serdang, Selangor. Event ini berlangsung dari 7 September hingga 1 Oktober 2016.

3. Antara tarikan utama adalah 30K lighting roses (Malaysia Book Of Record).. selain itu, ada Ferris Whell, Love Park, Escape Games, ada Food and Drinks Booths... dan ada juga Lucky Draw!!

4. So, Ariq nak share pengalaman berharga ni guna gambo je la...

Wristband.. Ariq pun kena pakai
5. Lupa pula nak beritahu kadar bayaran,,, Untuk dewasa macam Abi dan Ibu, RM20 per head dan untuk Ariq RM5 per head (12 tahun ke bawah).. Ariq pun kena bayar tau,,

6. Cas Parking RM5 dan akan ada Shutter Bus akan bawa ke location..

Ariq naik Shutter Bus,,, First time naik Bus
Best naik Bas


pintu masuk


Menara di belakang,, Ariq x larat nak merangkak naik






Belang sana Ferris Wheel.. (RM6 perhead)

30K Lighting Roses (Bunga Raya)





7. So, itu lah antara gambar2 Ariq di Light Sensation ini. Ariq bermaharaja lela di sini lebih kurang 2 jam setengah,, lepas tu, Ariq dah ngantuk..

8. Setakat ini dulu pengembaraan Ariq. Next ke destinasi lain pula,, 

9. klik di sini untuk lihat diari Ibu Ariq punya versi... 

wasalam...

Wednesday 28 September 2016

Train to KLCC (1st time for Ariq)

1. Assalamualaikum dan salam sejahtera... sebelum bercerita berkenaan Light Sensation di Maeps Serdang, nak kongsi sedikit pengembaraan kali pertama Ariq naik train ke KLCC...

2. Sebelum Ariq naik train,,, Ariq sarapan dulu di Bravo Puchong,,, Roti Telurrr,,,

Tengah tunggu makanan... 
Sarapan dulu..
3. Then, Ariq bergerak ke stesen Putra Height... First station laluan Kelana Jaya... Rate Parking RM4 per day...

Alamak...tertidur pula... kenyang sangat makan tadi
4. Harga Tiket Sehala dari Putra Height ke KLCC RM4.80 per head... Ariq dapat tiket free..huhuhu.. masa perjalanan lebih kurang 40 minit...

First time Ariq naik train... pegang cermin..takut jatuh katanya
Ariq tinjau kawasan dari atas
5. Di Stesen KL Sentral dan KL Gateway (UM), train penuh...40 minit kemudian sampailah Ariq di KLCC...First time jugak Ariq sampai KL dan KLCC...

stesen KLCC
6. So agenda Ariq seterusnya bergambo lerrr...


hensem dan hensem

Gaya Mutu Keunggulan

Abi & Ibu...ready for selfie!!


tak larat dah..

7. So setakat ini sahaja pengembaraan Ariq ke KLCC by train,,, next post pengembaraan Ariq ke destinasi lain pula... Wasalam

Saturday 24 September 2016

Come back after 3 years


1. Assalamualaikum dan salam sejahtera... Hampir 3 tahun blog ini menyepi tanpa isi.. InsyaAllah selepas ini akan ku kemaskini semula.. sekadar perkongsian di alam maya...

2. Selama 3 tahun ini, banyak perubahan dalam hidup.. perubahan status, bujang, suami orang dan paling best status ayah kepada insan comel...

3. Jadi, hanya gambarlah dapat ku pamerkan sepanjang 3 tahun tersebut...

Suami kepada Siti Nur Khairunisa Binti Mohd Amir
Keluarga tersayang


Alhamdulillah..setelah setahun dikurniakan Ilahi

Muhammad Ariq Thaqif Bin Mohd Taufik
8 bulan dah...

4. Lastly, aku berjaya memenuhi tuntutan kata kata orang tua... lepas kahwin berisi... hahha


5. InsyaAllah, lepas ni akan diupdate blog ini... bukan nak capub (cari publisiti) tapi sebagai kenang - kenangan di masa akan datang... sebab best jugak baca blog sendiri.. kisah2 dulu2.. mengimbau kenangan dan memori... mana tahu, Ariq dah besar nanti dia pula baca.. haha..

6. Sekian untuk kali ini... wasalam