Friday, 21 December 2012

Taman Burung @ Kenyir

Ok,,,, Post kali ni nak bercerita mengenai Taman Burung plak,,, di Kenyir,,, bukan bercerita,,, nk tunjuk gambar je sebenarnya....hahahha

Pintu Gerbang Taman Burung

Jeti depan Taman
Dalam taman ni mestila ade burung,,,, hahah,,, tapi kebnyakan burung ni x boleh terbang la...mcm burung merak.... angsa dll.... burung2 x banyak lagi,,,, baru bukak ni... taman ni terletak atas pulau,,,, maknanya dikelilingi oleh air tasik...


Jambatan Gantung

Antara Burung dalam taman ni

Burung merak kot

Agak liar,,,nak duk dekat pun tak boleh

ade sarang burung skali,,,comel sarang

So,,,setakat tu saje untuk taman burung ni,,,Sekian

Taman Herba @ Kenyir


Haa.... post ni just nak share gambar2 di Taman Herba di Pulau Sah Kecil Tasik Kenyir...

Pulau Sah Kecil

Jeti Taman Herba

Pintu masuk ke Taman Herba

Stonewalk
Dalam taman herba ni,,,memang banyak tumbuhan2 herba,,,, tongkat ali,kacip fatimah & mcm2 lagi la... dan dalam Taman ni ade satu pondok,,,namanya Pondok Harmoni,,,, kat pondok ni,,pengunjung boleh menikmati minuman ori herba,,,, iaitu tongkat ali, kacip fatimah & mahkota dewa...

Pondok harmoni

Siap ade dapur lagi... tempat masak minuman herba

dari kiri : Tongkat Ali, Mahkota Dewa & Kacip Fatimah....(ori blaker)

Minuman2 herba kt atas tu memang sangat2 ori...tak campur pape pun.. rasenye perghhhh!!! mantap...
cara minum tongkat ali ni x same mcm minum power root tu,,,, kena sekali teguk jer,,,

Bagi budak2,,,,digalakkan minum mahkota dewa jer,,, rase x la mcm t.ali & k. fatimah....

Alang2 da sampai,,,sign la kt buku pelawat ni
Tongkat Ali besar punyer!!!

Signed!!!

Satu lagi,,,, tandas kt taman herba ni ade,,,jgn bimbang,,, kalau sakit perut pas minum herba tu terus ke tandas,,,hahahha,,,

tandas x berbayar
Seekian saja untuk post Taman Herba ni.... next station is Taman Burung....

Yang Buncit,,,Taufik Ibrahim










Friday, 14 December 2012

Porta Wifi Celcom


Salam dan selamat,,,, boring pulak rase,,, create post skit,,, kali ni berkaitan dengan surfing internet.... memandangkan aku ni duk kt kampung,,,, susah nk dapatkan internet,,, jadi,,, hari tu planning le nk cari broadband ke,,,wifi ke....

mintak la Miss k tolong cari & survay,,, antara pilihannya ialah Home internt by maxis,,, broadband maxis,celcom & digi...& Telekom Malaysia...

Cari punya cari terjumpe la Porta Wifi Celcom... Miss K yang tolong cari sebenarnya... tgk detailsnyer agak menarik... Sebenarnya same je mcm broadband tp ade satu keistimewaan yang sangat istimewa.. iaitu boleh dijadikan centre of wifi,,,

Satu lagi ia jugak ada triple uses,,,, boleh cucuk terus ke laptop,,, boleh pasang kt plug rumah and boleh pasang dalam kete...gambar di bawah devicesnye...

3 pin plug..pasang kt plug rumah
                                   
ni boleh cucuk terus ke laptop...

ni adapter yang boleh pasang dlm kete..cucuk je kt rokok tu...
So,,, harga bagi devices ni ialah RM 159,,, dan buat permulaan bayar RM 40 untuk sebulan,,, total RM 199.... Bayaran bulanan ialah RM 68... cara pasang seperti gambar di bawah :

cucuk ke laptop
 

Pasang kt 3 pin plug


Dalam kete...
macam tu la cara nak guna,,, tp maybe dalam beberapa masa nnti mesti ade yg lagi canggih,, biasa la,,, teknologi senantiasa berubah setiap saat..... sekian.. wasalam...




Thursday, 13 December 2012

Pasaraya vs Barang Jualan

Salam dan salam Jumaat,,,, Sebelum turun untuk ke Solat Jumaat,,nk buat post pasal Islamik sikit... Kali ni berkenaan dengan kaitan antara pasaraya dan barang jualan..

Semalam,,,pergi bando Ganu,,,cari barang2 skit,,, singgah di salah satu pasaraya di Ganu.... Selama ni pun banyak kali ke sana tapi bari terfikir kelebihan pasaraya tersebut...

Antara perkara yang jarang ada ialah pasaraya ni sentiasa dimainkan alunan ayat Quran, Zikir dan nasyid memuji kebesaran Ilahi.... dan kebanyakan barangan dalam pasaraya ni ialah makanan, minuman dan barang2 basah @ dapur....

Teringat sekit bagaimana molekul air akan berubah jika dibacakan dengan ayat2 Quran... Jadi secara logiknya,,,minuman dalam pasaraya tersebut InsyaAllah molekulnya juga mungkin berubah,,,

Molekul Air Zam Zam
Contohnya air Zam Zam,,, kenapa molekul airnya sangat cantik bak kristal.... mungkin kerana di Makkah senantiasa adanya alunan ayat2 Quran.... btol x???

Selain itu,, pasaraya ni juga memboikot barang2an Israel dan sentiasa memaparkan risalah2,,, iklan di kaca TV mengenai ISLAMIK terutamanya berkenaan Palastin...

Tayangan TV,,, berbentuk Islamik dan nasihat



Paparan BIOKOT ISRAEL dan Kekejamannya

Dan yang paling biasa aku buat,,, guna penimbang ni,,,free of charges...hehehhe

 
sekian,,,, salam Jumaat...

Wednesday, 12 December 2012

12.12.12

Salam dan hello... post hari ini sangat menarik kerana tarikh 12.12.12.... bukan nak senang jumpe tarikh mcm ni,,, setiap 100 tahun sekali baru dapat jumpe balek tarikh ni.... iaitu pada 12 Desember 2112.. seratus tahun lagi tu....huhuh

Tarikh ni menjadi rebutan rmai pasangan pengantin untuk nikah,,,galmour tarikh ni... keglamouran tarikh ni bermula apabila wujudnya ramalan daripada kaum maya yang meramalkan dunia akan kiamat... henat kaum ni,,, sedangkan Jibrail a.s dan Baginda Nabi SAW pun x tau bile berlakunya kiamat...

Pendakwah terkenal,,Dr Danial pernah mengingatkan kita bahawa jangan sesekali percaya dan rasa percaya walaupun sedikit akan ramalan ini kerana boleh membawa kepada syirik!!!,,,Nauzubillah...




Tapi bukan semua tu yang nak diceritakan,,, semua dah tau kn,,,heheh... memandangkan tarikh ni agak cute,,nak ceritalah sikit aktiviti aku sepanjang tarikh cute ni....

Hari ni awal pagi ke K.Trg,,ada urusan di JPJ dan membeli sedikit barang... beli charger laptop,,,beli micro sd untuk phone,,,jalan2 dgn adik.... hari ni cuaca sangat panas di terengganu,,, sepatutnya musim hujan skrg tapi x brape nak hujan.....

8 Gb RM 40


Mula2 cari micro SD (8GB),,,kedai pertama tawar RM 75, kedai kedua RM 50 dan yang ketiga RM 40... pastu beli terus lah,,, itulah kemahiran mencari barang...kadang2 harga memang jauh berbeza... kena pandai tawar menawr pulak,,, tapi x jadi sangat sbb x hensem..hahah.. cari charger laptop plak....


Cara nk cari charger kena tgk kt power outputnyer... mesti kena sama,,, contoh 19V, 13.3A... kalau x sama mcm terlebih boleh meletup laptop,,,kalau kurang kejap masuk charge kejap x masuk charge... yg standard harga cuma RM 70 - Rm 95...yang ori mencecah RM 200 lebih.. x mampu den...hahah

pastu balik rumah....smpai kt rumah,,, maen game PS dulu dgn adik2,,,huhuh...

Sesampainyer di rumah...penat

aktiviti petang macam dah jadi rutin,,, basuh kereta,,,bagi makan ayam & itik...

Si Tembam basuh kete

18 ekor itik telur,,, penakut giler itik2 ni..
sebilangan kecil ayam...
Ayam ni hebat sikit...tepat jam 7pm mereka2 ni secare automatik akan masuk banglo,,, just bukak & tutp pintu jer,,,bagus2...

Lepas bagi makan ayam & itik,,, lepak2 depan rumah... sambil menikmati kenderaan lalu lalang depan rumah,,, untung rumah tepi jalan besar ni,,,huhuh... ade xtvt petang2....

Lepak depan rumah...

Malm pulak,,,, ayah nk blanje makan mee jawa... first time makan mee jawa,, besh jugak,,, harga pun murah...tempat du Kuala Ibai,,,depan Istana...
Mee Jawa : RM 3.50 jer

SO,,,,pas makan,,,terus balik rumah,,,,tengok citer tamil plak....Citer Tamil??? nntikan post seterusnya,,,kenapa aku minat sangat Tammil's Movies.......selesai lah satu hari 12.12.12 dalam hidup aku.... sekian,,,wasalam
Yang Benar,,,topex_blogz

Thursday, 6 December 2012

Target SPM 2012 (FIZIK)

Salam dan selamat sejahtera... post kali ni bersifat akademik skit,,, sebenarnya banyak akademiknyer,,, Berkenaan dengan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2012...

Sepanjang mengajar di SMK Merchang,, berpeluang mengajar pelajar tingkatan 5... 5UKMA... semua pelajar boleh dikatakan hebat2 blake,, ade yang 8A PMR,,,7A dll... kebetulan dapat mengajar subjek course aku iaitu subjek paling digemari ; FIZIK....

sebahagian pelajar 5 UKM A


Untuk pengetahuan bersame,, merekalah pelajar fizikku yang pertama yg menduduki SPM... tp gua caya sama you all beb...

Dibawah disertakan sedikit target SPM 2012 berdasarkan analisis aku,,, hentam je buat target ni tp yakin target akan tercapai,,, insyaALLAH...

Keputusan Peperiksaan TOV

Keputusan OTI 1 (Pertengahan Tahun)


Keputusan OTI 2 (Percubaan)



Perbandingan peratusan exam
Berdasarkan carta pai dan carta bar di atas,,, menunjukkan peningkatan yg agak cute dari TOV ke OTI 1 dan ke OTI 2,,, Graf untuk SPM merekalah yg kene buat nnti,,,,hahaha,,,
Sebelum tu,,, aku start mengajar mereka semua ni masa OTI 1 & OTI 2 jer,,, termasuk SPM lerr
So,,,daripada analisis keputusan exam2 di atas,,boleh la kite buat sedikit analisis target,,,

1. Peratusan Lulus : Purata Peningkatan = 27.5 %....
27.5 % + 83(peratus dari OTI 2) % = 110.5 % LULUS
bermakna semua pelajar dijangka LULUS,,,,,insyaALLAH...

2. Peratusan Kredit : Purata Peningkatan = 16 %...
16 % + 20% (peratus dari OTI 2) = 36 % KREDIT
Bermakna 36 % akan Kredit iaitu seramai lebih kurang 9 orang...

3. Peratusan sekurang2nya A : 36% drpd kredit  iaitu lebih kurang 3 - 4 orang....

Tetapi,,,semua ni hanyalah ramalan blaker,,, sebenarnya,, hasil sebenar lebih hebat daripada ramalan sbb aku bukannye reti buat ramalan,,,hahah,,, tapi ingin aku tegaskan disini bahawa...

SAYA YAKIN DENGAN PELAJAR2 FIZIK... KERANA KALIAN ADALAH PELAJAR FIZIK KU YANG PERTAMA!!!!

My First Pyhsics Students.....Candidates of 2012 SPM

Wednesday, 5 December 2012

Try berblog through handphone

Salam dan selamat semua.... lame tak update blog.... da bwrbulan rasenya...

Kali ini just sesi percubaan...nk try berblog gune hp..

Erm...cukup stakat ini... wasalam...


Monday, 1 October 2012

PC 40 dalam kenangan

1. Salam dan salam sejahtera... hari ini cuma nak berkongsi dengan kawan - kawan berkenaan Pasukan Polis Marin,,,

Ni lambang lama Polis Marin (Pasukan Gerakan Marin)


2. Untuk pengetahuan semua,,, skop tugas Polis Marin sudah berubah sejak APMM ditubuhkan,,, kebanyakan kawasan laut diambil alih oleh APMM...

3. Lari je jalan cerita ni,, sebenarnya nak citer pasal salah satu Bot Polis Marin namely PC 40... dulu masa ayahku bertugas di K.Terengganu, beliau merupakan Ketua Jentera PC 40,,kalau tak silap la.. so, aku berpeluang juga la naik atas bot tersebut.. tido dalam bot,, memancing,, karaoke...macam - macam la..

Tabik Hormat terakhir buat PC 40


4. Pengalaman paling best, ikut pergi ronda,,, nak tengok Polis Marin bertugas macamana di sekitar perairan Pulau Kapas... sambil2 bertugas,, sempat jugak bercandat sotong... pertama kali candat sotong..huhhu,, atas bot polis pulak tu...

5. Jadi, beberapa hari lepas, Bot PC 40 ditamatkan tugasnya dan dijadikan tukun tiruan di sekitar Pulau Perhentian.... Bubbye PC 40.....

PC 40 = Tukun


6. Wasalam..