Wednesday, 28 September 2016

Train to KLCC (1st time for Ariq)

1. Assalamualaikum dan salam sejahtera... sebelum bercerita berkenaan Light Sensation di Maeps Serdang, nak kongsi sedikit pengembaraan kali pertama Ariq naik train ke KLCC...

2. Sebelum Ariq naik train,,, Ariq sarapan dulu di Bravo Puchong,,, Roti Telurrr,,,

Tengah tunggu makanan... 
Sarapan dulu..
3. Then, Ariq bergerak ke stesen Putra Height... First station laluan Kelana Jaya... Rate Parking RM4 per day...

Alamak...tertidur pula... kenyang sangat makan tadi
4. Harga Tiket Sehala dari Putra Height ke KLCC RM4.80 per head... Ariq dapat tiket free..huhuhu.. masa perjalanan lebih kurang 40 minit...

First time Ariq naik train... pegang cermin..takut jatuh katanya
Ariq tinjau kawasan dari atas
5. Di Stesen KL Sentral dan KL Gateway (UM), train penuh...40 minit kemudian sampailah Ariq di KLCC...First time jugak Ariq sampai KL dan KLCC...

stesen KLCC
6. So agenda Ariq seterusnya bergambo lerrr...


hensem dan hensem

Gaya Mutu Keunggulan

Abi & Ibu...ready for selfie!!


tak larat dah..

7. So setakat ini sahaja pengembaraan Ariq ke KLCC by train,,, next post pengembaraan Ariq ke destinasi lain pula... Wasalam

Saturday, 24 September 2016

Come back after 3 years


1. Assalamualaikum dan salam sejahtera... Hampir 3 tahun blog ini menyepi tanpa isi.. InsyaAllah selepas ini akan ku kemaskini semula.. sekadar perkongsian di alam maya...

2. Selama 3 tahun ini, banyak perubahan dalam hidup.. perubahan status, bujang, suami orang dan paling best status ayah kepada insan comel...

3. Jadi, hanya gambarlah dapat ku pamerkan sepanjang 3 tahun tersebut...

Suami kepada Siti Nur Khairunisa Binti Mohd Amir
Keluarga tersayang


Alhamdulillah..setelah setahun dikurniakan Ilahi

Muhammad Ariq Thaqif Bin Mohd Taufik
8 bulan dah...

4. Lastly, aku berjaya memenuhi tuntutan kata kata orang tua... lepas kahwin berisi... hahha


5. InsyaAllah, lepas ni akan diupdate blog ini... bukan nak capub (cari publisiti) tapi sebagai kenang - kenangan di masa akan datang... sebab best jugak baca blog sendiri.. kisah2 dulu2.. mengimbau kenangan dan memori... mana tahu, Ariq dah besar nanti dia pula baca.. haha..

6. Sekian untuk kali ini... wasalam

Wednesday, 6 November 2013

Danau Maninjau... Part 4

1. Post kali ni kesinambungan daripada lawatan ke Bukit Tinggi... ke Danau Maninjau... what is Danau?? Danau bermaksud Tasik,,, so.. Danau Maninjau = Tasik Maninjau...


Danau Maninjau

2. Gambar di atas ni diambil dari atas bukit... nak turun bawah sana kena lalu lekok 44.. lekok 44 tu maksudnya kena lalu 44 kali jalan liku 180 darjah... pergh.. pening kot,,, ada yang mabuk muntah.. haha...

kat atas ni ada kedai kopi... ada yang jual kain2.. murah2
 

belakang tu tengah borong kain tudung sulam tu..
 

bergambo puas2... haha..
bergambo lagi...

lagi lagi bergambo..

3. Lepas bergambo2 ni... mula la lalu jalan lekok 44 tu... sampai la di bawah sana nun...

ada sangkar ikan di danau ni
 

 
 

macam tasik kenyir...

4. Untuk pengetahuan semua... di pesisir danau meninjau ni la tempat lahir,,tempat tinggal Prof Hamka... Haji Abdul Malik Karim Amrullah ...


5. So next destination... ke rumah Buya Hamka...Part 5

Jam Gadang, Bukit Tinggi...Part 3

1. Ok... bersambung lagi post kali ini... sebelumnya dalam perjalanan ke Bukit Tinggi... post kali ni,, da sampai di Bukit Tinggi...

2. Bukit Tinggi di di kawasan pergunungan...kawasan tinggi... macam Cameron Highland.. sejuk dan nyaman... dalam hotel pun tak ada kipas,, air cond memang tak ada la...

3. Tiba di Bukit Tinggi hamper lewat petang,,, rehat di hotel dahulu... malamnya lepaking di Jam Gadang.... ramai orang berenjoy di kawasan sekitar tu...

Jam Gadang, Bukit Tinggi
4. "Gadang" tu maksudnya Besar... so jam gadang = jam besar...

Ramai penduduk lepaking di sini...

 
 
 

bersama GPK Petang,, En Fendi

 
Jam Gadang di siang hari
 
 
 

Bank Indonesia,, senibina minangkabau

5. So,, keesokan harinya agak padat,,,, kita ke  Danau Maninjau... Part 4 (klik)

Museum Minangkabau...Part 2

1. Next journey to Museum Minangkabau... tengok binaan rumah,,pakaian tradisional.. adat perkahwinan dan macam - macam lagi...


rombongan bergambar bersama

pakaian kawen minangkabau

tempat persandingan pasangan pengantin...

secocok dengan warna tu

pandangan luar museum

lokasi : padang panjang







2. sampai sini post kali ni... museum ni menerangkan kehidupan masyarakat minangkabau di Indonesia suatu ketika dahulu...


3. So next,,, kita ke mercu tanda Bukit Tinggi,,, Jam Gadang...Part 3



 

 
 

Melancong ke Bukit Tinggi Indonesia... Part 1

1. Salam dan selamat... sangat lama tidak diupdate blogku ini.. So,,kali ni nak share sikit pengalaman ke Bukit Tinggi, Indonesia...

2. Bertolak pada 1 hb 11 2103.. kumpul di LCCT jam 5.00 am... aku dgn GPK Petang, En Fendi pegi sekali... tunggu di rumahnya di Putrajaya... sementara nak tggu pukul 5.00 am tu aku tgok cinema dulu di GSC Alamanda...huhu.. THOR the dark world..

tunggu nak naik flight
3. Lebih kurang 1 jam.. tiba di airport minangkabau...rombongan 9 org.. ckgu2 dan family.. perkara pertama cari makan,,, masakan femes kat padang ni,, NASI PADANG... semua lauk akan dihidang,,, lauk yg diusik sahaja dikira... so,, alang2 da sentuh tu sila jilat sampai abis,,

cara dia bawak tu.. bertingket tingket tu,,

4. Next ke Puncak Kiambang... melihat keindahan alam ciptaan Ilahi..



Scene dr puncak kiambang.. nice
5. Ok... lupa nak bagitau,, perjalanan ni dari Padang ke Bukit Tinggi... airport di Padang,, Bukit Tinggi ni tempat tinggi la.. mcm Cameron Highland... sejuk.. next.. berhenti dan singgah di air terjun Lembah Anai.. air terjun tepi jalan..

Lembah Anai...
with  GPK Petang,,Mr Fendi

 6. Seterusnya,,perjalanan menuju ke Bukit Tinggi... pengembaraan berterusan dan singgah di Museum Minangkabau...Part 2





 
 

Saturday, 29 June 2013

Berakhirnya title "Guru Ganti"

1. Salam dan selamat,,, pada tanggal 27 Jun 2013 (Isnin), maka tamatlah tugasku sebagai Guru Ganti di SMK Merchang....

2. Perasaan gembira plus sedih ler...gembira dapat posting,,sedih sbb ..tau2 je la...

3. 24 Jun,, penempatan mula dikeluarkan oleh Kementerian,,,setahun setengah tunggu,,, fuhh.. Alhamdulillah,,, penantian berakhir,,,
Alhamdulillah,,, ke Selangor la kite..


4. So, 27 jun adalah hari terakhir aku bertugas di SMK Merchang. Untuk rekod, bertugas sebagai Guru Ganti di SMK Merchang sebanyak 6 kali... haha,,, macam2 subjek aku mengajar.. Sains, English, Geografi, kaunselor pun jadi,,warden pun jadi... memang teramat banyak pengalaman...

5. Kepada Cikgu2 di SMK Merchang,,,Pihak Pengurusan, Guru - guru, Staf,,,,terima kasih atas segalanya...teramat banyak ilmu dan bekalan yang dicurahkan kpd aku untuk menjadi guru tetap.. thankss...

6. Terima kasih tidak terhingga kpd Pengurusan sekolah kerana terus mempercayai aku hingga menggantikan  6 orang guru... hehehe... 

7. Sedikit kenangan (gambo) untuk diabadikan dlm blogku,,,semoga menjadi kenangan termanis bagi ku...
buat kali terakhir tulis buku rekod,,hehe
Tempatku dlm bilik guru

Tempat rehat guru2 lelaki...


Punchcard kali terakhir di SMKM



Kantin Sekolah,,, tempat paling best... tempat release tension guru2..



Dapat hadiah drpd pengurusan, pihak library & English Department,, tQ2!!


Isi hadiah di atas,,, kaen untuk baju raya tu,,, Didik anak Gaya Nabi,, nak suruh cpat kawen


Thanks for everything...the family of SMKM