Saturday, 17 December 2011

Berita Tasik Kenyir PGM W3

Laporan berkenaan isu ayahku, Sjn Ibrahim b Awang jumpa anak YB dalam semak kt Tasik Kenyir..


                                                            Sarjan Ibrahim B Awang


Saya....Saya Anak YB"
“Tolong saya, saya anak YB”.

Demikian rayuan lemah anak kepada seorang wakil rakyat di Terengganu yang ditemui dalam keadaan tidak berdaya dengan pelbagai kesan luka pada bahagian muka dan badan berhampiran kawasan semak di Sungai Buweh, Tasik Kenyir, pagi kelmarin.

Mangsa yang berumur 20-an itu ditemui kira-kira jam 10 pagi lengkap berpakaian seluar trek dan berbaju T oleh Penyelia Markas Tektikal Pasukan Gerakan Marin, Tasik Kenyir, Sarjan Ibrahim Awang ketika beliau membuat rondaan darat menaiki ‘land rover’ di kawasan itu.

Menurut Ibrahim, sewaktu membuat rondaan, secara tiba-tiba dia terlihat seorang lelaki (mangsa) duduk berhampiran semak dalam keadaan tidak berdaya lalu terus menuju ke arahnya untuk melihat serta mengetahui situasi sebenar.

“Sebaik menghampirinya, saya bertanya apa yang dia lakukan dan dalam keadaan lemah longlai dia meminta pertolongan sambil memberitahu dia merupakan anak YB. Mulanya, saya tidak percaya lalu terus bertanya siapa YB dimaksudkan itu.

“Mangsa kemudiannya memberitahu nama bapanya, dan ketika itu juga meminta nombor telefon YB terbabit daripada mangsa untuk memaklumkan perkara itu. Ternyata betul dia merupakan anak wakil rakyat berkenaan setelah saya berjaya menghubungi bapanya,” katanya.

Ibrahim berkata, dia terus membawa mangsa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Terengganu untuk membuat laporan polis dan sewaktu dalam perjalanan, dia juga kelihatan takut sehingga berkali-kali bertanyakan kepadanya betul atau tidak dia ingin membawanya ke Kuala Berang.

“Ketika berbual dengannya dalam perjalanan, saya agak terkejut apabila mangsa memberitahu dia diculik dan dibelasah di Kuala Lumpur, serta dibawa ke Cameron Highland sebelum dihantar ke tempat dia ditemui.

“Malah, dia juga tidak ingat berapa hari kejadian itu menimpanya tetapi hanya mengingati dirinya diculik di Kuala Lumpur sebelum dibawa ke Cameron Highland.

“Sejauh mana kebenarannya tidak pasti kerana mungkin ingatannya terganggu kesan kecederaan dialaminya,” kata Ibrahim ketika ditemui Sinar Harian di Kuala Berang, semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Tengku Hamzah Tengku Abdullah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkaitan, namun memberitahu, ia sebenarnya berpunca daripada pergaduhan keluarga di kawasan tempat tinggal mereka dan perkara itu disahkan bapa mangsa.

Ramalan Lailatul Qadar oleh Imam Al Ghazali


As Salam dan salam sejahtera semua... kali ini post pelik skit sebab bercerita mengenai Malam Lailatul Qadar pada Bulan Muharam,, sepatutnya bulan Ramadhan... tapi ILMU ni tak boleh tunggu masa baru nak ajar.. sekadar perkongsian ilmu dan panduan untuk kita semua..

Ramalan ini diambil dari salah sebuah kitab fekah (lupa nama) yang selalu digunakan oleh ayahku time kuliah... Jangan percaya 100% tapi ingat,, TIDAK MUSTAHIL para ulama yang alim dahulu dapat mengenal tanda2 malam tersebut berdasarkan iman mereka.. jadikanlah panduan untuk kita..insyaALLAH

secara rngkasnya, malam lailatul qadar merupakan malam yang ditunggu2 umat Islam.. Ibadat yang dilakukan pada malam tersebut akan diberikan ganjaran seolah - olah beribadat selama SERIBU BULAN ( 83 tahun)

Antara tanda2 malam tersebut :

1. Langit kelihatan suci bersih dan tidak diganggu bintang
2. bulan bercahaya segar, terang benderang
3. Udara nyaman ( tidak sejuk dan tidak pula panas)
4. Matahari di waktu paginya memancarkan cahaya yang seimbang seperti cahaya bulan purnama..



tanda yang ke - 4 tu, ada ustaz2 cakap sebab matahari samar2 cahayanya adalah kerana segerombolan malaikat yang turun pada malam itu naik ke langit.. cahaya matahari tersebut dihalang oleh sayap2 malaikat tersebut,,, wallahua'lam...

berikut mrupakan ramalan yang dibuat oleh Imam Al Ghazali r.h. semoga menjadi panduan buat kita semua.. selamat Beramal...


Hari Mula Berpuasa (1
Ramadhan)
 Ramalan Malam Lailatul Qadar
Ahad atau Rabu29 Ramadhan
Isnin21 Ramadhan
Selasa atau Jumaat27 Ramadhan
Khamis25  Ramadhan
Sabtu23 Ramadhan


* Tanda malam Lailatul Qadar dijelas sendiri oleh Rasulullah SAW. Walaubagaimanapun tanda yang tetap tidak dijelaskan kepada kita. Inilah rahsia supaya kita bersungguh - sungguh beramal supaya dapat menemuinya.. InsyaALLAH..

Saturday, 10 December 2011

Mural @ SMKC

Sepanjang 14 Minggu di SMK Cenderawasih, antara tugas guru praktikal adalah menconteng dinding sekolah (mural)....

Sepanjang aku di sana, 3 mural sempat aku conteng.. dalam perancangan banyak tapi sebab kekangan masa,, tak sempat nak conteng banyak2...

semua guru ada mural tersendiri...hehhe... sama ada dari UIA @ UPSI sendiri,,,


                                                   First Mural.. doa lepas wudhuk..


                                               2nd mural.. kotor kena hujan ribut


                                                     3rd Mural.. x sempat siap...

                                                       mural dari UPSI (geng praktikal)

Tidur @ LIbrarY

Hari ini dalam sejarah... hari sabtu dan ahad.. (10 & 11 Disember)... aku bermalam di Library... tujuan utama untuk mengelakkan aku terlebih tidur di rumah sampai keje tak siap2...hehhe..

Naseb baek ada 2 orang kawanku ada teman,, Pasangan Tunang BAHAGIA.. Shafiq dan Sayidah.. kalau tak, sorang - sorang la jawabnya,,, Biasanya, sebelum ni ramai orang kat library ni espicailly students final year,, buat thesis... aku pun buat thesis ni.. banyak lagi tak siap..=)

Baru lepas keluar minum dengan diaorang,, sekarang sambung buat kerja pulak,,, tadi sembang je banyak,, hahah...


                                           with Shafiq,, thanxx to his fiance, captured gambar..hehe

Wednesday, 7 December 2011

Roti Canai TM

Jam 8 am hari Khamis 8 Disember 2011... First time makan pagi seawal pagi macam hari ini di Warung Roti Canai Hulu Bernam...makan awal pagi sebab nak ke Library UPSI untuk siapkan tugasan presentation InOrganic esok hari... bersama Kamal...

Warung ini memang menjadi kebiasaan aku dan kawan2 sebab menu macam di Kampung halaman,, Roti canai, Nasi Lemak dan Mee kari ( kat sini dipanggil mee sup)..


Kedai mamak memang banyak di Tanjung Malim tapi yang specialnya warung ini adalah warung melayu of course dan yang paling penting juadahnya sedap2 belaka.. espicially roti canai.. so, hari ni aku dan kamal makan roti telur...dan teh tarik...


                                                    teh tarik + roti telur = RM 3.80
hampir sejam jugak la makan tadi.. heheh.. jadi,, kepada semua terutamanya students UPSI jom berkudapan di warung melayu kita ini... promote warung,,,hahah... Assalamualaikum...=)

                                                         baca Paper Sinar Harian dulu...


                                                                       Kamal Ledey

Monday, 5 December 2011

PuluT Durian @ Sg Samak

Sekarang musim durian,, so hati teringin sangat nak menjamah durian Tanjung Malim.. jadi, pada hari ini (ISNIN) 5 Disember 2011 aku dengan kawan2 merancang untuk makan durian dan mandi sungai...

Sebelum ke lokasi, kena siap sedia makanan dulu...


Manisan (gula melaka)..........Pulut... gambar durian x sempat nk capture

Lepas siap semua makanan, kami semua ke lokasi,, Sungai Samak.. pergi dengan motosikal 3 buah...

Sebelum ke Sungai

                                                                 dengan Hafizal

sampai je di Sungai Samak, tengok sungai deras, dalam plak tu.. bahaya kot kalu mandi kat situ...ni antara gambarnya...

agak deras sungai ni...

Jadi, lokasi berpindah ke tempat lain... kat sini..


                                               Pemandangan lokasi baru atas jambatan


                                                         On the way ke lokasi baru 

                     kawan tengah tolak moto dalam sungai...moto pun nak mandi..hahah

                                                         Penulis bergambar sebelum mandi

Selepas bawa turun moto, masa makan la pulak.. sedap woo... Pulut Durian tu.. hahah

                                                           Pulut Durian...^_^

Lepas makan dengan sedapnya, masa untuk mandi pulak,,,heheh.. tapi gambar mandi tiada yerk.. harap maaf sebab mandi sampai tak ingat dunia..hahaha...


                                                       sambil mandi, basuh moto pun jadi..

Lepas mandi manda sepuas2nya,,, ( tak puas sangat sebab air tak dalam dan banyak batu ).. balik rumah,, nak pergi Lab pulak.. sambung buat kerja..

Untuk pengetahuan semua, Sungai Samak merupakan tempat riadah yang palin popular di Tanjung Malim dan sangat diminati ramai pelajar UPSI.. kat sinila nak berkelah ke, nak mandi dan sebagainya.. Kenapa nama Sungai Samak tak tau nak jawab..hehe.. maybe tempat orang samak kulit binatang kot dulu2..huhu..

Sungai Samak juga menjadi tempat aktiviti outdoor dan kem.. ada beberapa kem terletak di kawasan ini.. contoh semasa aku jadi fasi di Kem desa selesa bulan lalu..so, sampai di sini dulu coretan kali ini..

Assalamualaikum..=)

Saturday, 3 December 2011

LaGu @ DakWah

Seringkali kita mendengar lagu dakwah menerusi nasyid semata - mata.. Di Malaysia nasyid menjadi pilihan kepada penggiat seni suara untuk berdakwah, tetapi di US dan England muzik rap menjadi pilihan utama untuk berdakwah... Kenapa???


                               Native Deen merupakan grup hip-hop Islami dari Washington DC


Pada pendapat aku, untuk berdakwah kita perlu menarik minat para remaja yang kini terlalu dicucuk oleh hiburan semata - mata (termasuk diriku..).. Sekarang trend remaja nasyid merupakan suatu yang dipandang sepi oleh golongan tersebut (termasuk aku lagi).. huhu

Jadi salah satu cara, apa kata kita tarik minat remaja menerusi muzik dakwah rap ke, rock ke.. yang penting mesej lagu tersebut,,, kalau dah remaja suka dengar mereka akan cuba hafal lirik lagu itu.. contoh sekarang Wali Band ... menjadi satu fenomena dulu lagu Ingat Mati, Mari Solawat dan sebagainya.. remaja mula meminati lagu berunsurkan keTuhanan..

Lagu yang paling aku suka dengar lagu bawah ini.. campuran nasyid dan rap ( Rindu Muhammadku).. hehe.. best sangat2... Jom sama - sama kita dengar...=)

Friday, 2 December 2011

King of Temoleh!!

1. Ikan Temoleh @ Temelian... semalam dapat gmbar daripada adik aku.. katanya dapat ikan Temoleh kt Tasik Kenyir... ni gambarnya...


2. Ingatkan kecik je saiznyer... dia kate 10kg.. x caye la aku.. pastu bagi gmbar dia dengan ikan Temoleh ni........




3. FUHHH!!!!,,, mcm x caye je aku,,, agak besar ikan ni,,, hahha... agak2 nye moyang Temoleh kot ni... pastu terus cari info skit pasal ikan ni kt internet.... ni sedikit info:

  • Nama                                 : Temoleh @ Temelian
  • Tempat hidup                     : Air Tawar
  • Nama Saintifik                    : Probarbus jullieni
  • Bulan Mengawan / bertelur : November & Disember
  • Lokasi                               :  Sg Pahang, Sg Perak, Sg Sepetuang TRG, (Tasik Kenyir pun ada..)
  • Hampir pupus disebabkan aktiviti pencemaran manusia...

so, marilah sama2 kita hargai keindahan alam (flora dan fauna) di muka bumi ini..=)

Thursday, 1 December 2011

Sekolah Alam Shah

Sekolah Alam Shah
Parcel D, Persint 1
W.P. Putrajaya

Salam semua... tetiba teringat tentang sekolah lama..heheh.. Actually banyak sekolah yang aku sempat masuk... tapi ini adalah antara sekolah yang sangat hebat pernah aku masuk seumur hidup aku...

Aku diterima masuk ke Sekolah ni pada tahun 2005 selepas PMR,, dapat result ok la skit,,, dapat tawaran.. x caya betul.. x pernah pun ke kawasan bandar espicially Putrajaya.





semua pelajar adalah lelaki!!!!... baru ingat nak cari awek2..haha.. terpaksa batalkan niat tu.. yang buat aku kagum terhadap sekolah ini selain infrastrukturnya yang hebat, pelajarnya semua hebat2,, petah berbicara, genius dan sebagainya..

Alhamdulillah, sekolah ni banyak mengubah hidupku,,, peningkatan dalam komunikasi BI dari 1/10 ke 3/10 ok la tu..hahha.. Alhamdulillah jugak, keputusan SPM agak memuaskan.. yg penting aku dapat masuk TV tu.. berita TV 1 dan Selamat Pagi Malaysia..haha,.,, bangga betul..




Bersama Aiman dan Awie,, lencana terbesar di Malaysia.. Book of Record...



                   pemakaian hari Jumaat



                              sincerely, Ex - Sassian... topex..  

Wednesday, 30 November 2011

Minggu Thesis

1. Thesis merupakan tugasan yang amat berat bagi pelajar ijazah... (degree).. lebih2 lagi kalau bwat kerja last minit mcm aku..hahah.. memang teruk betul.. nak bwat mcmana,, sem last ni sem yg sgt2 busy.. kredit hour smpai 20 jam kredit,,, assignment belambak,,, time management memang hancur.. ish22..

2. Hari ni ke lab TGA,, analysis sample.. thanx to kawan2, and akak master tolong dalam tugasan thesis ni..=).. jasamu dikenang...

                                  bersama TGA..=)






3. sekian sahaja untuk hari ni..=) bubbye...