Sunday, 15 July 2012

Peperangan antara Geng

1. Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Entri kali ini agak menarik kerana penulis akan berkongsi pengalaman penulis dan kawan - kawan "berperang" di Facebook...

2. Perang yang dimaksudkan bukanlah perang macam KL Gangster atau pun Bini - biniku Gangster, tapi peperangan media..hahha.. memang lawak sangat - sangat.. jom layan...

3. Peperangan ini adalah antara penulis, Kamal, Wan Hasrul dan Shukri semasa belajar di UPSI dulu kala..

imej yang menyebabkan peperangan meletus..

4. Kenapa imej ini menjadi punca peperangan??? haha.. masa kami di rumah sewa dulu,, kami akan kenakan satu sama lain, contoh kami masukkan garam dalam air Kickapo ni,, letak garam dalam cengkodok dan sebagainya... hahah,, memang sakit la tekak kalu terminum air kickapo garam ni,, dan mangsa yang paling sinonim ialah wan Hasrul,,, sori3..hahah

5. berikut merupakan peperangan kami dalam facebook...... saksikan,,,


6. Inilah serba sedikit peperangan yang berlaku antara kami... memang penulis akan ingat sampai bila - bila lah... hahaha...

7. Okey lah..penulis dah nak tidur,, esok nak berangkat ke USM pulak untuk satu events,,, wasaalam..

Wednesday, 4 July 2012

NISFU SYAABAN

1. Salam dan selamat semua... Alhamdulillah, pada malam ini terjadinya Malam Nisfu Syaaban.. Dikesempatan ini, saya Mohd Taufik Bin Ibrahim memohon maaf kepada semua kawan2 andai kata ada tersalah silap dan sebagainya... mudah - mudahan buku amalanku tidak tergantung... amin...






2. Di Asrama SMK Merchang, satu majlis ringkas telah diadakan iaitu bacaan Surah Yaasin sebanyak Tiga kali bertempat di Surau Aspuri.. selaku pembantu warden sementara, ditugaskan untuk mengetuai majlis tersebut....

Jadi Imam solat


Memberi sedikit tazkirah sebelum bacaan yaasin






     Sekitar Bacaan Yaasin..

3. Bacaan pertama Yaasin diniatkan dalam hati supaya dipanjangkan umur

4. Bacaan kedua Yaasin agar dimudahkan dan dimurahkan rezki

5. Bacaan ketiga Yaasin pohon supaya selamat dunia akhirat dan diselamatkan dari azab api neraka

6. Untuk maklumat lagi detail dan banyak boleh baca di sini.. (tumpang blog orang lain)..hehe

7. Selepas bacaan Yaasin 3 kali, Puan Pengetua Hajah Fatimah bt Jusoh memberikan sedikit tazkirah sambil menunggu waktu Isyak...

Puan Pengetua, Ustazah Hajah Fatimah memberikan tazkirah

8. Mudah - mudahan kita mendapat keberkatan sempena malam Nisfu Syaaban.. InsyaALLAH..

Tuesday, 3 July 2012

kAD RaYA dari PeLajaR

1. Salam dan selamat semua.. setelah sekian lama tak kemas kini blog,, akhirnya kunjung jua masa yang terluang ini....

2. Memandangkan tak lama lagi puasa, tiba - tiba teringat kad raya pelajar bagi masa jadi guru praktikal dulu - dulu... niat untuk update entri ini dah lama tapi baru sekarang ada masa terluang dan peluang...

3. Berikut merupakan antara kad raya dari pelajar ku suatu ketika dahulu...

pembetulan.. ni bukan pelajar tapi Guru di sekolah,, thanks Kak..=)



antara isi kandungan kad raya tersebut
  
4. Yang paling kelakar 'cover' kad raya tersebut,,,, cuba tengok di bawah...


'badan katang'.. haha

5. Yang paling best, siap lukis lagi tu... tgk yang ni...


6. Terima kasih la semua pelajarku... nanti pos pula ke rumah saya okay...hahah.. sekian saja buat waktu ni.. jumpa lagi..=)

Wednesday, 4 April 2012

Trip to Teluk Batik with Friends (part 1)

1. Assalamualaikum dan selamat sejahtera... lama tidak 'update' blog.. post pada kali ini untuk berkongsi pengalaman suka duka bersama kawan - kawan sepengajian di UPSI..

2. Walaupun telah lama berlalu, namun hari ini baru ku dapat peluang dan ruang untuk menconteng blogku ini.. selepas tamat peperiksaan akhir di UPSI, tiada yang lain bermain di fikiran selain daripada ingin menghabiskan masa bersama kawan - kawan seperjuangan yang telah bersama 4 tahun...

3. 4 buah kereta disediakan pihak penganjur dan kesemua kereta adalah kereta proton SAGA... hehe..
lebih kurang 3 jam perjalanan, akhirnya sampai di Teluk Batik..

Sesampainya di Teluk Batik

4. Jadi, tugas pertama kami adalah untuk mencari tempat berteduh... dan Alhamdulillah dapat sewa bilik separa hotel... satu bilik besar untuk girls dan satu bilik kecil untuk boys...

sekitar tempat berteduh

bilik bawah = girls ; bilik atas = boys

5. Setelah tempat berteduh selesai ditemui, program seterusnya adalah sukaneka... tetapi masalahnya, terlalu ramai pengunjung di pesisir pantai teluk batik,,, tempat terhad... jadi program ditunda ke masa yang akan diberitahu kemudian...

sedang merancang aktiviti lain

6. Selepas beberapa ketika memikirkan program apa yang hendak dibuat, tiba - tiba terpandang akan permainan air... memang syok juga tengok,,, dan kami terus mencuba.. memang satu pengalaman yang tidak akan dilupakan... bayangkan anda ditarik oleh bot dengan kelajuan mencapai 5o km per jam..huhuh,, sampaikan tersembam dalam air laut...


Selepas main xtvt air tersebut,, gambar tidak dapat diambil
7. Permainan kedua adalah "banana"... lebih kurang 7 orang akan naik dan akan dibawa nun jauh di lautan dan dijatuhkan,,,, besh.,,,
"Banana"


Sedang ditunda...untuk dijatuhkan

8. Jadi, program pada hari tersebut berjaya dipenuhi,,, pada malamnya, kami semua berBBQ... sambil bermain kotak beracun,,,, kotak beracun paling ditunggu - tunggu lelaki kerana akan dihentam dengan tepung jika tidak melaksanakan tugas,,,

berBBQ


9. Sementara BBQ masak, permainan kotak beracun dimulakan,,, kebanyakan yang bermandi tepung adalah golongan lelaki...hahhaha,,,

bermandi tepung
10. Habis program lebih kurang jam 12 tengah malam.. balik ke bilik, mandi dan tidur.... bersambung lagi dalam episod Trip to Teluk Batik with Friends (part 2).. Assalamualaikum

Thursday, 29 March 2012

Guru Ganti di SMK Merchang

1. Assalamualaikum dan selamat sejahtera... sudah sekian lama tidak update blog terchinta ini... Sekarang ada sedikit masa terluang... untuk perkonsian semua...

2. Selepas tamat pengajian di UPSI, sasaran utama untuk kami adalah "tanam anggur" (menganggur),,, tetapi kebanyakan daripada kami mempunyai beberapa rancangan seperti berniaga emas, sambung Master dan sebagainya.

3. Dan yang paling popular dan sinonim bagi kami adalah jawatan Guru Ganti...

4. Lantas aku ke Pejabat Pendidikan Daerah untuk isi borang dan serah resume... Alhamdulillah lebih kurang 2 minggu selepasnya aku ditawarkan 2 pilihan.

5. SMK Serating atau SMK Merchang???  kata pegawai yang menghubungi " baik awak ambil SMK Merchang, lama sikit.. lagipun itu sekolah lama awak kn??".... lantas pilihan sudah ditetapkan.. SMK Merchang destinasi Guru Ganti ku..hehhe

6. Sesampainya di sana, hampir 50% guru adalah bekas guruku.... kebanyakan mereka masih mengenaliku... bukan senang guru nak ingat kita... (dah merasai pengalaman untuk ingat nama pelajar)...hehhe..

7. Jadi, tugasku sebagai Guru Ganti bermula pada 21 Februari hingga 18 Mei 2012.. dan gaji??? Rahsia... heheh...

Sebahagian pelajar tingkatan 1 (BI)

Bergambar dalam kelas...heheh

Berpakaian uniform.. Polis

Bersama pelajar Ting 3 semasa latihan kawad..


Dalam kelas Ting 3.. tie tu yang smart..hehe

8. Sekian sahaja buat masa ini.. bersambung pada lain masa dan hari... Assalamualaikum...

Thursday, 12 January 2012

Selamat Hari Jadi Ibuku

Assalamualaikum,, hari ini, 13 Januari 2012 merupakan hari ulang tahun kelahiran ibu ku, Khatijah Bt Jusoh yang ke..... rahsia,,haha

Selamat Hari Jadi Mak!!.. Semoga Panjang Umur dan dimudahkan rezki,, terima kasih banyak2 sebab lahirkan saya di dunia ini dan mencorakkan hidup saya dengan sempurna,,,=).. Love you Mum,,,

My Mother.. Khatijah Bt Jusoh


Sunday, 8 January 2012

Final Exam for the LAST!!!

Tanggal 7 hb Januari 2012, tamatlah final exam buat kali terakhir bagiku sepanjang pengajian di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)...

Pada pendapatku dan disokong oleh kawan - kawanku, final exam bagi semester akhir sangatlah sukar dan paling 'tough' dan semua subjek dianggap 'killer subject' bagi kami...

Tambahan pula, tarikh peperiksaan yang amat singkat di antara subjek, menambahkan lagi stress untuk ulangkaji... akhirnya, perasaan malas menyelubungi diri dan kadang - kadang perasaan menyerah kalah juga hadir,,,"tak ape lah,, dah semester akhir ni,, sikit lagi nak habis".. ayat ini lah yang menjadi inspirasi bagi kami semua...

Berikut merupakan jadual peperiksaan kami...
1. 3/1/2012 - Mechanics
2. 4/1/2012 - Solid State of Physics
3. 6/1/2012 - Analytical Chemistry
4. 7/1/2012 - Inorganic Chemistry

Padat tak??? agak padat kan,,, memandangkan kali ini adalah kali terakhir menduduki Final Exam di UPSI, aku bergambar pada hari peperiksaan tersebut untuk dijadikan kenangan..huhu..

Hari pertama - di Proton City


Hari Kedua - Anjung 1 Bangunan IPSI


Hari Ketiga - Proton City



Hari Keempat (last) - Dewan Rahman Talib

Kesimpulannya, kami bukan setakat tamat final exam malah juga tamat pengajian di UPSI,, namun begitu, satu lagi tugas belum selesai iaitu 'Present Thesis' iaitu pada 17 Januari 2012... memang ditunggu - tunggu oleh kami semua.. dan sangat mendebarkan...hahah...

Aku berharap kawan - kawan dan diriku sendiri dapat menempuh tugas tersebut dengan jayanya,, insyaALLAH....

                           Bersama Kamal dan Hafizal

All the best to my friends and I... Assalamualaikum..=)

Friday, 6 January 2012

Selamat Hari Jadi Ayah & Adik

Salam semua,, Hampir terlupa hari ini 6 Januari 2012 merupakan Hari Jadi Ayah dan Adikku yang ke 5..
Selamat Hari Jadi wahai En Ibrahim dan M.Hafizzul Izuddin.. Semoga hidup kalian sentiasa diberkati ALLAH.. amin...


Ibrahim B Awang,,, My beloved father





Muhammad Hafizzul Izuddin B Ibrahim

Kebetulan mereka berdua lahir pada tarikh yang sama,, patut nakal adik aku sorang ni.. wasalam