Thursday 12 January 2012

Selamat Hari Jadi Ibuku

Assalamualaikum,, hari ini, 13 Januari 2012 merupakan hari ulang tahun kelahiran ibu ku, Khatijah Bt Jusoh yang ke..... rahsia,,haha

Selamat Hari Jadi Mak!!.. Semoga Panjang Umur dan dimudahkan rezki,, terima kasih banyak2 sebab lahirkan saya di dunia ini dan mencorakkan hidup saya dengan sempurna,,,=).. Love you Mum,,,

My Mother.. Khatijah Bt Jusoh


Sunday 8 January 2012

Final Exam for the LAST!!!

Tanggal 7 hb Januari 2012, tamatlah final exam buat kali terakhir bagiku sepanjang pengajian di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)...

Pada pendapatku dan disokong oleh kawan - kawanku, final exam bagi semester akhir sangatlah sukar dan paling 'tough' dan semua subjek dianggap 'killer subject' bagi kami...

Tambahan pula, tarikh peperiksaan yang amat singkat di antara subjek, menambahkan lagi stress untuk ulangkaji... akhirnya, perasaan malas menyelubungi diri dan kadang - kadang perasaan menyerah kalah juga hadir,,,"tak ape lah,, dah semester akhir ni,, sikit lagi nak habis".. ayat ini lah yang menjadi inspirasi bagi kami semua...

Berikut merupakan jadual peperiksaan kami...
1. 3/1/2012 - Mechanics
2. 4/1/2012 - Solid State of Physics
3. 6/1/2012 - Analytical Chemistry
4. 7/1/2012 - Inorganic Chemistry

Padat tak??? agak padat kan,,, memandangkan kali ini adalah kali terakhir menduduki Final Exam di UPSI, aku bergambar pada hari peperiksaan tersebut untuk dijadikan kenangan..huhu..

Hari pertama - di Proton City


Hari Kedua - Anjung 1 Bangunan IPSI


Hari Ketiga - Proton City



Hari Keempat (last) - Dewan Rahman Talib

Kesimpulannya, kami bukan setakat tamat final exam malah juga tamat pengajian di UPSI,, namun begitu, satu lagi tugas belum selesai iaitu 'Present Thesis' iaitu pada 17 Januari 2012... memang ditunggu - tunggu oleh kami semua.. dan sangat mendebarkan...hahah...

Aku berharap kawan - kawan dan diriku sendiri dapat menempuh tugas tersebut dengan jayanya,, insyaALLAH....

                           Bersama Kamal dan Hafizal

All the best to my friends and I... Assalamualaikum..=)

Friday 6 January 2012

Selamat Hari Jadi Ayah & Adik

Salam semua,, Hampir terlupa hari ini 6 Januari 2012 merupakan Hari Jadi Ayah dan Adikku yang ke 5..
Selamat Hari Jadi wahai En Ibrahim dan M.Hafizzul Izuddin.. Semoga hidup kalian sentiasa diberkati ALLAH.. amin...


Ibrahim B Awang,,, My beloved father





Muhammad Hafizzul Izuddin B Ibrahim

Kebetulan mereka berdua lahir pada tarikh yang sama,, patut nakal adik aku sorang ni.. wasalam

PGM vs APMM ... sudut pandangan

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua... kali ini, penulis ingin berkongsi pendapat mengenai dua organisasi yang agak hangat diperkatakan dulu dan sekarang...

Penulis merupakan anak seorang anggota Polis Marin,,, Bapaku, Sarjan Ibrahim B Awang ataupun lebih dikenali oleh warga PGM "Ibrahim Libya" @ Imam , bertugas hampir 25 tahun sebagai anggota Marin..

Ibrahim Libya (Imam)

Sebelum penulis lahir,, da jadi anak marin,, Jadi memang sebati sangat dengan Marin.. Dalam rekod, keluarga kami sudah berpindah randah selama 7 kali,, Sandakan, Sabah - P.Pinang - Kemaman - Tampoi, Johor - Pdg Hiliran K.Terengganu - Kemaman - Terengganu (tasik Kenyir).... sekarang penyelaras Taktikal Markas PGM, Tasik Kenyir.

Dan sepanjang perpindahan ini, bapaku masih tetap sebagai anggota PGM,, Kata beliau "hidup dah sebati dengan Marin"....


Namun begitu, apabila timbul khabar angin akan ada sebuah organisasi akan mengambil alih semua kuasa dan aset PGM,,, penulis merasakan ada sesuatu yang tidak kena.. pelik dan musykil..kenapa???

Wajarkah kerajaan menubuhkan satu lagi organisasi untuk menguatkuasakan undang2 di lautan?? adakah selama ini PGM tidak berfungsi??

Sebagai seorang anak Marin, penulis ingin mengajak semua berfikir..  Pertama, kos untuk mewujudkan satu organisasi lagi adalah amat tinggi.. alangkah bagusnya diperkemaskan dan diperkuatkan lagi PGM itu sendiri.. kerana pada hemat penulis, kuasa yg ada pada PGM bukan hanya meliputi lautan semata - mata malah di daratan mahupun udara.... APMM hanya berkuasa di lautan...Jenayah ada di mana -mana, PATI naik atas darat, tak boleh ditangkap APMM..


Bot yang masih kekal bersama PGM
Kedua, kemahiran tinggi yang ada pada PGM diakui oleh semua pihak,, Bot2 ronda yang sudah berpuluh tahun di bawah PGM tidak pernah ada masalah,,, sejak bot2 diserah pada APMM, hancur,,, yang berkarat bertambah berkarat, yang ok jadi rosak,,,

Ketiga, pengambilan aset dan kuarters PGM,,, terutama di Wilayah 3 (Kemaman),, penulis tak tahu apa yang kurang betul dengan APMM,,, disuruh mengosongkan temapat tersebut pada bulan puasa.. ingat tak letih ke orang nak angkut2 barang nak pindah,,, anak2 sekolah pun tak habis lagi... kalu anggota APMM nak masuk tak apa lah,, ni hujung tahun baru masuk... menyusahkan orang,,, (pendapat peribadi penulis)..

Keempat,,, adakah semua ini bersifat politik semata - mata??? penulis tidak berani membincangkan hal ini dengan lebih lanjut... heheh,,,

Berikut merupakan sedikit kenangan wilayah 3 Kemaman,, dua kali penulis berpindah ke sini & keluarga penulis merupakan keluarga pertama yang berpindah di sini... bangunan tak siap lagi,,,masa tu penulis baru umur 7 tahun...

Pintu Pagar Masuk PGM W3 Kemaman


Ibu Pejabat PGM W3 Kemaman

Blok Perhentian (depan-rumah pertama)..Blok Bidong (kiri-rumah kedua)

Dewan - tempat penulis belajar main badminton
Surau PGM W3 - Banyak kali menang 'surau terbaik negeri TRG'

Jeti - tempat memancing penulis tgh2 malam...

Jadi,, penulis mengucapkan Tahniah dan Syabas kepada anggota PGM dan keluarga kerana masih setia bersama pasukan ini... walaupun penulis bukan anggota Marin tetapi hati penulis tidak boleh terpisah dengan Marin,, 23 tahun jadi anak Marin,,,

Teruskan perjuangan wahai samudera biru!!!!! Hidup PGM!!!

Assalamualaikum...

Sunday 1 January 2012

Hari Pertama tahun 2012

Salam semua... sempena tahun baru 2012 ni, penulis nak berkongsi apa aktiviti pada hari pertama bagi tahun 2012... jom kita saksikan...

Tepat jam 12.00 malam, 1/1/2012.. penulis berada di dalam kereta Kamal.. untuk ke KL..huhu


Cakk!!!.. dalam kereta Kamal..ehehhe

Perjalanan menuju ke KL... plan awal nak ke Majlis santai bersama Ust Azhar Idrus,, tapi disebabkan kelewatan bertolak dan kesesakan lalulintas,,, bertukar ke lokasi : i-City.. Shah Alam...huhu..

Jalan tgh sesak teruk masa ini,,, jam 2.00 am..



Selamat tiba di Shah Alam




Terpaksa parking jauh dari i-city,, banyak sangat kereta... yang kelakarnya,, orang ramai dah berduyun-duyun balik,, tapi kiteorang baru sampai.. tapi tetap ramai juga orang baru sampai...

i - City, Shah Alam


Snowwalk,,, tapi tak sempat masuk,, da tutup..sedey3







Sekitar I-City Shah Alam... bandar cahaya..






























Monumen lembu bercahaya..haha


Perah susu lembu,,huhu

4 sahabat yang 'kuat' berjalan walaupun exam da dekat...hahah

Penulis dan rusa jadian


sebelum tu,, nak cerita skit,,, nak dijadikan cerita,,, i-City ni dah hampir ditutup.. kami pun datang lewat.. tak sempat nk main banyak2..haha,, yang paling kelakar,, masa nak bergambar, tiba2 sesetengah cahaya dipadam,, tutup da.. kecewa betul.. hahha..

so, selepas penat berjalan2 di i-City, kitaorang ke dataran merdeka... jalan2 di sana.. sebelum tu ke Bukit Bintang... tgk2 orang..



dari atas : Rosman, Penulis @ Taufik dan Hafizal & Kamal
hampir jam 6.00 am.. ke Masjid Negara untuk solat subuh secara berjemaah.. (kiteorang berempat je la)

Di Masjid Negara 

Selepas selesai solat Subuh, sarapan di Pudu... ada satu kejadian ragut.. pihak polis dapat menangkap si peragut (mat Bangla) hasil bantuan Pak Guard...

Suspek : berbaju merah dalam Van..      Mangsa : Perempuan berbeg

selepas itu, ke Plaza Low Yat dan Times Square... jalan2 cari barang & makan...huhu...tepat jam 3.00pm.. bertolak pulang ke Tanjung Malim.. letih bebenor.. time drive pun ngantuk,,hahha.. naseb baek ada Rosman tolong urutkan,, thanks Rosman,,

Penulis diurut Rosman.. ngantuk betul...

so, Alhamdulillah,, perjalanan pergi dan pulang selamat... dapat kumpul pengalaman & pergi tempat yang tak pernah pergi bersama kawan.. last sem ni..hehhee.... Penulis mengucapkan selamat STUDY buat kawan2 untuk final exam nanti.. penulis baru nak bukak buku,,,hahha... last minit study,,, baru mencabar,, result pun hancur..hahaha,,, (don't try this at school & home).. Assalamualaikum..

Yang Benar, Taufik @ topex3007