Teruskan Pembacaan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages

Friday, 6 January 2012

PGM vs APMM ... sudut pandangan

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua... kali ini, penulis ingin berkongsi pendapat mengenai dua organisasi yang agak hangat diperkatakan dulu dan sekarang...

Penulis merupakan anak seorang anggota Polis Marin,,, Bapaku, Sarjan Ibrahim B Awang ataupun lebih dikenali oleh warga PGM "Ibrahim Libya" @ Imam , bertugas hampir 25 tahun sebagai anggota Marin..

Ibrahim Libya (Imam)

Sebelum penulis lahir,, da jadi anak marin,, Jadi memang sebati sangat dengan Marin.. Dalam rekod, keluarga kami sudah berpindah randah selama 7 kali,, Sandakan, Sabah - P.Pinang - Kemaman - Tampoi, Johor - Pdg Hiliran K.Terengganu - Kemaman - Terengganu (tasik Kenyir).... sekarang penyelaras Taktikal Markas PGM, Tasik Kenyir.

Dan sepanjang perpindahan ini, bapaku masih tetap sebagai anggota PGM,, Kata beliau "hidup dah sebati dengan Marin"....


Namun begitu, apabila timbul khabar angin akan ada sebuah organisasi akan mengambil alih semua kuasa dan aset PGM,,, penulis merasakan ada sesuatu yang tidak kena.. pelik dan musykil..kenapa???

Wajarkah kerajaan menubuhkan satu lagi organisasi untuk menguatkuasakan undang2 di lautan?? adakah selama ini PGM tidak berfungsi??

Sebagai seorang anak Marin, penulis ingin mengajak semua berfikir..  Pertama, kos untuk mewujudkan satu organisasi lagi adalah amat tinggi.. alangkah bagusnya diperkemaskan dan diperkuatkan lagi PGM itu sendiri.. kerana pada hemat penulis, kuasa yg ada pada PGM bukan hanya meliputi lautan semata - mata malah di daratan mahupun udara.... APMM hanya berkuasa di lautan...Jenayah ada di mana -mana, PATI naik atas darat, tak boleh ditangkap APMM..


Bot yang masih kekal bersama PGM
Kedua, kemahiran tinggi yang ada pada PGM diakui oleh semua pihak,, Bot2 ronda yang sudah berpuluh tahun di bawah PGM tidak pernah ada masalah,,, sejak bot2 diserah pada APMM, hancur,,, yang berkarat bertambah berkarat, yang ok jadi rosak,,,

Ketiga, pengambilan aset dan kuarters PGM,,, terutama di Wilayah 3 (Kemaman),, penulis tak tahu apa yang kurang betul dengan APMM,,, disuruh mengosongkan temapat tersebut pada bulan puasa.. ingat tak letih ke orang nak angkut2 barang nak pindah,,, anak2 sekolah pun tak habis lagi... kalu anggota APMM nak masuk tak apa lah,, ni hujung tahun baru masuk... menyusahkan orang,,, (pendapat peribadi penulis)..

Keempat,,, adakah semua ini bersifat politik semata - mata??? penulis tidak berani membincangkan hal ini dengan lebih lanjut... heheh,,,

Berikut merupakan sedikit kenangan wilayah 3 Kemaman,, dua kali penulis berpindah ke sini & keluarga penulis merupakan keluarga pertama yang berpindah di sini... bangunan tak siap lagi,,,masa tu penulis baru umur 7 tahun...

Pintu Pagar Masuk PGM W3 Kemaman


Ibu Pejabat PGM W3 Kemaman

Blok Perhentian (depan-rumah pertama)..Blok Bidong (kiri-rumah kedua)

Dewan - tempat penulis belajar main badminton
Surau PGM W3 - Banyak kali menang 'surau terbaik negeri TRG'

Jeti - tempat memancing penulis tgh2 malam...

Jadi,, penulis mengucapkan Tahniah dan Syabas kepada anggota PGM dan keluarga kerana masih setia bersama pasukan ini... walaupun penulis bukan anggota Marin tetapi hati penulis tidak boleh terpisah dengan Marin,, 23 tahun jadi anak Marin,,,

Teruskan perjuangan wahai samudera biru!!!!! Hidup PGM!!!

Assalamualaikum...

No comments: