Tuesday, 17 July 2012

NRIC 2012 part 2 and 3

1. Assaamualaikum dan salam sejahtera semua... kali ni ambe buat 2 entri sekali gus.. part 2 and part 3 sebab hari ni merupakan hari yang paling bersejarah, paling mendebarkan, paling meletihkan dan macam - macam paling lagi...


2. Pertama sekali, hari ini ambe and da geng from UPSI akan dihakimi oleh judges - judges.. Punya la tunggu dari pagi, judges tak kunjung tiba..


     

3. So, bersiap la kami semua tunggu ketibaan judges... masing - masing berlatih present kajian mereka.. termasuk ambe...



4. Masa yang ditunggu hampir tiba, judges berbeza mengikut kategori... dan judges yang pertama datang ke booth kami ialah judges kepada ketua kontijen kami iaitu Kak Dell,,,,,


 5. Dan selepas beberapa minit, adalah masa yang palng terabur... keempat - empat kumpulan judges telah datang serentak ke booth UPSI... keadaan sangat kalut,,, hahah,,, suara memang kena kuat lah...


Zul sedang dihakimi

Giliran ambe pulak,,,

Anuar sedang menerangkan kepada judges

Faris, peserta terakhir dihakimi
6. Semasa pembentangan kami menggunakan dual language, malay and english.. soalan - soalan daripada judges sangat - sangat mencabar... memang satu pengalaman kali pertama yang menggerunkan,,, selesai sahaja penghakiman, terasa lega yang teramat sangat... macam dah terlepas satu beban yang sangat besar.. hahha...

7. Bagi menggembirakan hati yang berdebar sangat tadi, kami berjalan - jalan ke booth unversiti yang lain...



8. Jam 5 petang exhibition were closed,,, balik asrama tidor terus,,, ingat nak jejalan tapi ngantok sesangat.... ikuti sambungan pada Part 3.... teruskan klik di sini

Monday, 16 July 2012

NRIC part 1

1. Salam dan selamat sejahtera sekali lagi... entri kali ini penulis ingin berkongsi pengalaman dalam penyertaan suatu pertandingan...

2. NRIC ialah singkatan kepada Novel Research and Innovation Competition tahun 2012 bertempat di Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang... dari 17 hb Julai hingga 19 Julai 2012..

3. Penyertaan ini adalah menghimpunkan thesis - thesis tahun akhir bagi pelajar ijazah sarjana muda dan diploma dan disertai oleh kesemua Universiti tempatan dan daripada Asia Tenggara termasuk Universiti Pendidikan Sultan Idris...

4. Terbahagi kepada beberapa kategori,, (tak Ingat kategori) tapi kategori penulis ialah Fundamental Science.... sedikit gambar buat tatapan umum pada hari pertama dalam pertandingan ini...

antara peserta lelaki, (nuar, faris, zul & me)

5. Bertolak dari UPSI pada jam 11.30 pagi...

Sebelum bertolak.. posing depan bas





di USM
Taklimat oleh urusetia
 6. Sampai di USM lebih kurang jam 6.00 petang... makan dan taklimat.. malamnya terus set up tempat atau booth masing - masing mengikut Universiti...



7. Masing - masing bersiap untuk menghias tempat masing - masing...

Ada juga yang study,,, cuak esok dah dihakimi..

8. Yang sudah siap bolehlah bergambar...heheh...

 9. And Lastly, siap semuanya.. masa untuk balik dan study lagi di bilik masing - masing... Gud Luck untuk kawan - kawan dan diri sendiri... Bersambung pula pada entri NRIC 2012 part 2... nantikan..

Assalamualaikum....=)

Sunday, 15 July 2012

Peperangan antara Geng

1. Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Entri kali ini agak menarik kerana penulis akan berkongsi pengalaman penulis dan kawan - kawan "berperang" di Facebook...

2. Perang yang dimaksudkan bukanlah perang macam KL Gangster atau pun Bini - biniku Gangster, tapi peperangan media..hahha.. memang lawak sangat - sangat.. jom layan...

3. Peperangan ini adalah antara penulis, Kamal, Wan Hasrul dan Shukri semasa belajar di UPSI dulu kala..

imej yang menyebabkan peperangan meletus..

4. Kenapa imej ini menjadi punca peperangan??? haha.. masa kami di rumah sewa dulu,, kami akan kenakan satu sama lain, contoh kami masukkan garam dalam air Kickapo ni,, letak garam dalam cengkodok dan sebagainya... hahah,, memang sakit la tekak kalu terminum air kickapo garam ni,, dan mangsa yang paling sinonim ialah wan Hasrul,,, sori3..hahah

5. berikut merupakan peperangan kami dalam facebook...... saksikan,,,


6. Inilah serba sedikit peperangan yang berlaku antara kami... memang penulis akan ingat sampai bila - bila lah... hahaha...

7. Okey lah..penulis dah nak tidur,, esok nak berangkat ke USM pulak untuk satu events,,, wasaalam..

Wednesday, 4 July 2012

NISFU SYAABAN

1. Salam dan selamat semua... Alhamdulillah, pada malam ini terjadinya Malam Nisfu Syaaban.. Dikesempatan ini, saya Mohd Taufik Bin Ibrahim memohon maaf kepada semua kawan2 andai kata ada tersalah silap dan sebagainya... mudah - mudahan buku amalanku tidak tergantung... amin...






2. Di Asrama SMK Merchang, satu majlis ringkas telah diadakan iaitu bacaan Surah Yaasin sebanyak Tiga kali bertempat di Surau Aspuri.. selaku pembantu warden sementara, ditugaskan untuk mengetuai majlis tersebut....

Jadi Imam solat


Memberi sedikit tazkirah sebelum bacaan yaasin






     Sekitar Bacaan Yaasin..

3. Bacaan pertama Yaasin diniatkan dalam hati supaya dipanjangkan umur

4. Bacaan kedua Yaasin agar dimudahkan dan dimurahkan rezki

5. Bacaan ketiga Yaasin pohon supaya selamat dunia akhirat dan diselamatkan dari azab api neraka

6. Untuk maklumat lagi detail dan banyak boleh baca di sini.. (tumpang blog orang lain)..hehe

7. Selepas bacaan Yaasin 3 kali, Puan Pengetua Hajah Fatimah bt Jusoh memberikan sedikit tazkirah sambil menunggu waktu Isyak...

Puan Pengetua, Ustazah Hajah Fatimah memberikan tazkirah

8. Mudah - mudahan kita mendapat keberkatan sempena malam Nisfu Syaaban.. InsyaALLAH..

Tuesday, 3 July 2012

kAD RaYA dari PeLajaR

1. Salam dan selamat semua.. setelah sekian lama tak kemas kini blog,, akhirnya kunjung jua masa yang terluang ini....

2. Memandangkan tak lama lagi puasa, tiba - tiba teringat kad raya pelajar bagi masa jadi guru praktikal dulu - dulu... niat untuk update entri ini dah lama tapi baru sekarang ada masa terluang dan peluang...

3. Berikut merupakan antara kad raya dari pelajar ku suatu ketika dahulu...

pembetulan.. ni bukan pelajar tapi Guru di sekolah,, thanks Kak..=)



antara isi kandungan kad raya tersebut
  
4. Yang paling kelakar 'cover' kad raya tersebut,,,, cuba tengok di bawah...


'badan katang'.. haha

5. Yang paling best, siap lukis lagi tu... tgk yang ni...


6. Terima kasih la semua pelajarku... nanti pos pula ke rumah saya okay...hahah.. sekian saja buat waktu ni.. jumpa lagi..=)