Tuesday, 27 December 2011

Jalan2 last sem @ UPSI 3 (Bukit Fraser)

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.. entry kali ini amat ditunggu2 oleh ku,,hehe,, sambungan pengembaraan Physic's Boyz bermula...

Ok,, selepas singgah dan bergambar di Raub, kami semua ke tempat tujuan asal iaitu Bukit Fraser.. suasana di Bukit Fraser sangat memukau aku dan geng... pertama kali jugak kami sampai di sini,, sejuk tahap dewa.. macam kat new zealand plak,, macam pernah pergi kn,,hahha..

Penulis tak mahu menulis banyak kerana hanya gambar2 dapat menggambarkan suasana di sana,,, jom!!!

Sebelum naik ke bukit,, bergambar dengan simboliknya dulu,,,

Hafizal

Kamal

Penulis @ Taufik

Credit to Rosman sebab berjaya ambil gambar yang cantik..hehehe...teruskan pembacaan dengan gambar2...=)

Physic's Boyz,,, Rosman selepas jatuh,,hahha


Memetik Bunga Terlarang

Berjalan2 di sekitar Bukit Fraser







     Bergambar dengan Motorbike


Balai Polis Bukit Fraser... pakai baju Suksis tu,,,hehhe


Gaya Exclusif Rosman.. jarang dapat dilihat..hehhe.. Call Polis katanya



Gambar di bawah ni adalah bukti kami di Bukit Fraser... mercu tanda Bukit Fraser.. wajib ambil gambar kat sini...huhuu...


Kamal dengan gaya bersahaja,,, sekuar trek, sweater dan spek hitam

Posing Smart daripada Hafizal,, spek atas dahi...

Gaya luar biasa dari Rosman.. Super HerO!! tak boleh terbang.. lebih muatan,,hehhe



Lastly,, gaya MachO penulis @ Taufik..heheh


Bertentangan dengan gambar di atas,, edisi English.. Fraser's Hill


                        Di Jalan Masuk Ke Bukit Fraser


                                         Hafizal & Kamal


Sempadan Selangor & Pahang




Physic's Boyz 2011


So, kesimpulannya perjalanan ini sangat hebat bagiku,,, tempat yang menarik dan memukau.. selepas ke Bukit Fraser yang indah ini, perjalanan diteruskan ke Sungai Chiling,, nak mandi air terjun plak,,, huhu.. Sungai Chiling terletak sama arah dengan perjalanan pulang.. so,, teruskan perjalanan...
Yang Hensem,, Penulis @ Taufik @ topex3007
Bersambung pada entry Jalan2 last sem @ UPSI 4 (Sg Chiling).. Assalamualaikum..

Monday, 26 December 2011

Jalan2 last sem @ UPSI 2 (ke Raub)

Setelah bermalam di Empangan K.Kubu Bharu, perjalanan diteruskan ke Bukit Fraser (Fraser's Hill)... Seumur hidup tak pernah sampai lagi di Bukit ni...Nak dijadikan cerita, kereta tak cukup minyak,, kat Bukit Fraser tak ada stesen minyak pula...

so, terpaksa ke Raub semata - mata nak isi minyak kereta... hahaha.. memang kelakar,,, sampai jugak ke Raub.. first time juga sampai di Raub.... tapi jalan ke Bukit Fraser dan ke Raub ni,, masyaALLAH.. lebih hebat dari "ular kena palu"... letih tangan main pulas stereng kereta..hahha...

Driver @ Penulis

Sampai di Raub,, apa lagi.. menjadi adat kami,, kena berpijak di bumi Raub la.. sebagai tanda berjaya sampai di Raub dalam hidup ini...hahah...

Berpijak di bumi Raub...

Selepas isi minyak,, jalan2 di Pekan Raub,,, agak cantik dan comel pekan Raub ni,, bangunan antik juga... tak sia - sia kereta tidak cukup minyak.. sampai juga ke Raub ni.. ALhamdulillah...=).. apa lagi,,, bergambar la di pekan Raub,,, macam pelancong luar negara pulak..hahah..tapi sebelum tu,, sarapan dulu,, menjamah makan buat kali pertama di Raub,,,hahah..


1st gambar,, depan tandas..hahah,, asalkan ada RAUB..

depan Bangunan Plaza Raub


Tugu Physic's Boyz...


dari kiri : Cif(Rosman), Kamal, Hafizal & Taufik (penulis)

depan bangunan Majlis Daerah Raub


Kenangan di Raub
Memang sangat seronok dapat berjalan2 ke tempat yang tidak pernah kita sampai.. tambah pula bersama kawan2 last sem ni.. lepas ni memang susah la nak jumpa...sedih plak..hahha.. so, selepas bergumbira di Raub, plan awal nak ke Kuala Lipis sebab dekat dah nak sampai.. lebih kurang 40km lagi.. tapi oleh sebab tak de sumber kewangan yang kukuh,, terpaksa batalkan perjalanan ke Lipis,,

so, perjalan diteruskan ke Bukit Fraser..... ikuti sambungan pada entry Jalan2 last sem @ UPSI 3 (Bukit Fraser)

Sunday, 25 December 2011

Jalan2 last sem @ UPSI 1 (Empangan K.Kubu Bharu)

Sempena berakhirnya kelas yang terakhir di  UPSI, maka masa untuk berjalan2 mula dirancang,,, so, tanggal 23/12/2011 bersamaan hari Jumaat, satu aktiviti dirancang oleh geng Physic's Boyz untuk beriadah dan berjalan2.... aktiviti tersebut adalah ber'camping' sambil memancing di Empangan Kuala Kubu Bharu, Selangor..

Ahli2 camp terdiri daripada Taufik selaku penulis, Kamal, Hafizal dan Shukri.. Wan Hasrul tidak dapat menyertai kem ini kerana terpaksa pulang ke kampung....


Perjalanan dari Tanjung Malim ke lokasi mengambil masa selama lebih kurang 45 minit... sambil2 naik kereta boleh menghirup udara segar dan pemandangan yang cantik...

Berhenti di tgh perjalanan,,, ahli2 kem

bersama cameraman,,cif (2 dari kiri)

Lokasi merupakan tempat tumpuan pemancing2 tegar,, tetapi dikhabarkan memang susah sangat dapat ikan.. tapi tak apa,,, tujuan utama bukan memancing,, cuma sampingan,, yang penting dapat bersama kawan2 untuk kali terakhir di UPSI selama 4 tahun ( 3 tahun setengah je sebenarnya)...

Kereta yang banyak berjasa,, heheh.. (WBW)


Tiba di Lokasi dan menuju ke tempat tidur..


Oleh kerana untuk jimat kos penginapan, ahli2 bersetuju untuk tidur di bawah jambatan.. yang paling penting untuk memberikan suasana sebenar camping kepada ahli2 terutama kepada cif(rosman) dan Kamal...hehhe

Hotel...ahhaha

so, pada malamnya, kami semua memancing la... tapi sampai pukul 3 pagi tiada hasil... last2 tidur la... haha.. yang kelakarnya, tengah2 syok tido kt bawah jambatan tu, entah macamana seekor kucing terpijak mata kail Shukri,, ingatkan hantu mana yang kacau pagi2 buta,, bising betul... hahah,, tak dapat ikan,, tapi dapat kucing,,, kesian kucing tu...hope kucing tu selamat sekarang...

'hasil' memancing,, ikan selayang di Tasik?????

bersama 'pemancing' 'tegar'... ahhaha


sotong di Tasik???????

Memang kelakar lah,,, umpan jadi hasil..haha.. secara tiba2 teringin nak ke Bukit Fraser,, alang2 da dekat.. jadi plan on da spot ke Bukit Fraser.. tapi secara tiba2 juga seorang ahli iaitu Shukri terpaksa tarik diri,, bukan kerana gayat tempat tinggi tetapi kerana mahu balik kampung,, jadi kami tunggu lah Wan Hasrul datang jemput Shukri...

Hasrul datang menjemput Shukri

So, pengembaraan diteruskan tanpa Shukri,,, ke Bukit Fraser... nak tau kisah selanjutnya?? akan bersambung pada entry Jalan2 last sem @ UPSI 2 (ke Raub)

Thursday, 22 December 2011

Bacaan Quran & Tazkirah @ Hari Koperasi

30 Jun 2011 (Khamis),, hari yang agak bersejarah bagiku sepanjang berpraktikal di SMK Cenderawasih.. Ditugaskan membaca Quran dan tafsir seta sedikit tazkirah kepada pelajar sebelm majlis perasmian...

Memang terketar - ketar kot nak mengaji depan orang ramai ni... tapi ini adalah satu peluang untuk diriku menambah keyakinan diri untuk bergadapan dengan audiens...

                                                      semasa mengaji dan bagi tazkirah


                                                          Macam YB... hahahhaha

                                                  video sepanjang YB berucap..hehehhe

Selepas selesai jalankan tugas,, maka ramai la cikgu cikgi yang bertanya,,, "Taufik ni sekolah agama ke dulu?" tak ada lah,, bahasa Arab pun tak belajar,, sekolah biasa2 jer...hehe,, saham ku melonjak begitu tinggi sekali walaupun x hensem..hahah

Tugas aku semasa Hari Koperasi tersebut adalah menjaga kelab komputer dan perpustakaan,, sambil jalan2,, cari makan,, singgah di gerai cikgu Kamal.. makan keropok lekor,,hehhe..

                                                         Keropok Lekor,,, best...

So, moral of the story,,, sangat enjoy hari tersebut dan sangat merindui zaman praktikal,,(^_^).. Assalamualaikum...

Jalan2 @ proton City tgh malam buta

Secara rasminya, pada hari Khamis, 22/12/2011, berakhirlah kelas untuk sepanjang semester ini,, bukan setakat semester, sepanjang pengajian di UPSI... last class...ehhehe.. so, pada malamnya, nk enjoy le,, jalan2 kuar makan & ke proton city malam,, 'joging' bersama kamal dan shukri...


                            Penulis, Kamal dan Shukri... bergambar dalam kegelapan...

 ada banyak lagi gambar,,, bukan senang nak datang proton city joging2 ni.. hahha...

                                                Pasangan romantic of the year,,huhuhu

selepas di proton city, singgah sebentar di Kampus UPSI Proton City... bergambar dulu,,, insyaALLAH konvo kat sini tahun depan...amin...


Pintu Gerbang UPSI kampus baru (kamera kuasa tinggi sgt)

penulis @ Taufik
Kamal


Adik Yie Cikgu @ Shukri

So, next aktiviti pada hari seterusnya,,, kena manfaatkan peluang dan ruang yang ada untuk bersama kawan2 seperjuangan yang bersama hampir 4 tahun di UPSI.. Semoga Ukhuwah kekal hingga akhirnya..

Sori kepada Wan Hasrul,, beliau tak dapat join sebab ada urusan penting..=)

Saturday, 17 December 2011

Berita Tasik Kenyir PGM W3

Laporan berkenaan isu ayahku, Sjn Ibrahim b Awang jumpa anak YB dalam semak kt Tasik Kenyir..


                                                            Sarjan Ibrahim B Awang


Saya....Saya Anak YB"
“Tolong saya, saya anak YB”.

Demikian rayuan lemah anak kepada seorang wakil rakyat di Terengganu yang ditemui dalam keadaan tidak berdaya dengan pelbagai kesan luka pada bahagian muka dan badan berhampiran kawasan semak di Sungai Buweh, Tasik Kenyir, pagi kelmarin.

Mangsa yang berumur 20-an itu ditemui kira-kira jam 10 pagi lengkap berpakaian seluar trek dan berbaju T oleh Penyelia Markas Tektikal Pasukan Gerakan Marin, Tasik Kenyir, Sarjan Ibrahim Awang ketika beliau membuat rondaan darat menaiki ‘land rover’ di kawasan itu.

Menurut Ibrahim, sewaktu membuat rondaan, secara tiba-tiba dia terlihat seorang lelaki (mangsa) duduk berhampiran semak dalam keadaan tidak berdaya lalu terus menuju ke arahnya untuk melihat serta mengetahui situasi sebenar.

“Sebaik menghampirinya, saya bertanya apa yang dia lakukan dan dalam keadaan lemah longlai dia meminta pertolongan sambil memberitahu dia merupakan anak YB. Mulanya, saya tidak percaya lalu terus bertanya siapa YB dimaksudkan itu.

“Mangsa kemudiannya memberitahu nama bapanya, dan ketika itu juga meminta nombor telefon YB terbabit daripada mangsa untuk memaklumkan perkara itu. Ternyata betul dia merupakan anak wakil rakyat berkenaan setelah saya berjaya menghubungi bapanya,” katanya.

Ibrahim berkata, dia terus membawa mangsa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Terengganu untuk membuat laporan polis dan sewaktu dalam perjalanan, dia juga kelihatan takut sehingga berkali-kali bertanyakan kepadanya betul atau tidak dia ingin membawanya ke Kuala Berang.

“Ketika berbual dengannya dalam perjalanan, saya agak terkejut apabila mangsa memberitahu dia diculik dan dibelasah di Kuala Lumpur, serta dibawa ke Cameron Highland sebelum dihantar ke tempat dia ditemui.

“Malah, dia juga tidak ingat berapa hari kejadian itu menimpanya tetapi hanya mengingati dirinya diculik di Kuala Lumpur sebelum dibawa ke Cameron Highland.

“Sejauh mana kebenarannya tidak pasti kerana mungkin ingatannya terganggu kesan kecederaan dialaminya,” kata Ibrahim ketika ditemui Sinar Harian di Kuala Berang, semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Tengku Hamzah Tengku Abdullah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkaitan, namun memberitahu, ia sebenarnya berpunca daripada pergaduhan keluarga di kawasan tempat tinggal mereka dan perkara itu disahkan bapa mangsa.

Ramalan Lailatul Qadar oleh Imam Al Ghazali


As Salam dan salam sejahtera semua... kali ini post pelik skit sebab bercerita mengenai Malam Lailatul Qadar pada Bulan Muharam,, sepatutnya bulan Ramadhan... tapi ILMU ni tak boleh tunggu masa baru nak ajar.. sekadar perkongsian ilmu dan panduan untuk kita semua..

Ramalan ini diambil dari salah sebuah kitab fekah (lupa nama) yang selalu digunakan oleh ayahku time kuliah... Jangan percaya 100% tapi ingat,, TIDAK MUSTAHIL para ulama yang alim dahulu dapat mengenal tanda2 malam tersebut berdasarkan iman mereka.. jadikanlah panduan untuk kita..insyaALLAH

secara rngkasnya, malam lailatul qadar merupakan malam yang ditunggu2 umat Islam.. Ibadat yang dilakukan pada malam tersebut akan diberikan ganjaran seolah - olah beribadat selama SERIBU BULAN ( 83 tahun)

Antara tanda2 malam tersebut :

1. Langit kelihatan suci bersih dan tidak diganggu bintang
2. bulan bercahaya segar, terang benderang
3. Udara nyaman ( tidak sejuk dan tidak pula panas)
4. Matahari di waktu paginya memancarkan cahaya yang seimbang seperti cahaya bulan purnama..



tanda yang ke - 4 tu, ada ustaz2 cakap sebab matahari samar2 cahayanya adalah kerana segerombolan malaikat yang turun pada malam itu naik ke langit.. cahaya matahari tersebut dihalang oleh sayap2 malaikat tersebut,,, wallahua'lam...

berikut mrupakan ramalan yang dibuat oleh Imam Al Ghazali r.h. semoga menjadi panduan buat kita semua.. selamat Beramal...


Hari Mula Berpuasa (1
Ramadhan)
 Ramalan Malam Lailatul Qadar
Ahad atau Rabu29 Ramadhan
Isnin21 Ramadhan
Selasa atau Jumaat27 Ramadhan
Khamis25  Ramadhan
Sabtu23 Ramadhan


* Tanda malam Lailatul Qadar dijelas sendiri oleh Rasulullah SAW. Walaubagaimanapun tanda yang tetap tidak dijelaskan kepada kita. Inilah rahsia supaya kita bersungguh - sungguh beramal supaya dapat menemuinya.. InsyaALLAH..

Saturday, 10 December 2011

Mural @ SMKC

Sepanjang 14 Minggu di SMK Cenderawasih, antara tugas guru praktikal adalah menconteng dinding sekolah (mural)....

Sepanjang aku di sana, 3 mural sempat aku conteng.. dalam perancangan banyak tapi sebab kekangan masa,, tak sempat nak conteng banyak2...

semua guru ada mural tersendiri...hehhe... sama ada dari UIA @ UPSI sendiri,,,


                                                   First Mural.. doa lepas wudhuk..


                                               2nd mural.. kotor kena hujan ribut


                                                     3rd Mural.. x sempat siap...

                                                       mural dari UPSI (geng praktikal)

Tidur @ LIbrarY

Hari ini dalam sejarah... hari sabtu dan ahad.. (10 & 11 Disember)... aku bermalam di Library... tujuan utama untuk mengelakkan aku terlebih tidur di rumah sampai keje tak siap2...hehhe..

Naseb baek ada 2 orang kawanku ada teman,, Pasangan Tunang BAHAGIA.. Shafiq dan Sayidah.. kalau tak, sorang - sorang la jawabnya,,, Biasanya, sebelum ni ramai orang kat library ni espicailly students final year,, buat thesis... aku pun buat thesis ni.. banyak lagi tak siap..=)

Baru lepas keluar minum dengan diaorang,, sekarang sambung buat kerja pulak,,, tadi sembang je banyak,, hahah...


                                           with Shafiq,, thanxx to his fiance, captured gambar..hehe