2. Kali ini sambung berkenaan pengalaman dalam SUKSIS,,,, tapi lebih kpd persatuan,,,,,
3. Diikutkan sejarah,,,pada asalnya persatuan ini dahulunya dikenali dengan Pasukan Gerakan SUKSIS (PGS) dan ditubuhkan pada tahun 2008.... Presiden yang pertama Tuan Jo....
4. Masuk tahun kedua, Presiden Tuan Yusof... aku dilantik sebagai Exco Agama... Menjawat jawatan ni memang berat la... Ilmu agama x ke mana pun,,, tp bertanya pada yang arif la pada masa tu,,,ditugaskan buat Buletin Suksis,,, bahagian agama la,,,, rujukan aku ialah Pengarah Pusat Agama Islam UPSI... bab agama tak boleh maen2...
5. Masuk tahun ketiga,,,zaman Senior... secara tak disangka dipilih sebagai Presiden PGS tahun 2009/2010. Memang lagi berat la tanggungjawab bos!!....tapi Alhamdulillah,,, MT persatuan yang dipilih sangat hebat dan sangat membantuku,,, tanpa kalian x boleh bwat pape la ambe..,,hahah...
![]() |
| Majlis Tertinggi PSP 2010/2011 |
7. Perkara yang kedua aku bawak ialah perubahan program yang selama ini hampir semuanya program dalaman (dlm UPSI je) berubah menjadi program Luaran...bermakna pergerakan keluar dari UPSI. Antara program dalaman yg wajib dijalankan ialah MSK junior, Sambutan Hari Raya, Raikan Pegawai Tauliah..
8. Alhamdulillah,,, kami dapat siapkan hampir 10 kertas kerja kpd HEP untuk program Luaran. Alhamdulillah sekali lagi semua diluluskan dan 3 program tersebut berjalan,,,antaranya Delegasi ke UMP, Delegasi ke Bukit Aman, Kejohanan Sutra...
![]() |
| AGM PSP 2011/2012 |
9. Seterusnya, pertukaran nama persatuan daripada Pasukan Gerakan SUKSIS kepada Persatuan Sukarelawan Polis (PSP) atas nasihat HEP. So, buatla perlembagaan baru,,, ahli bukan SUKSIS boleh menyertai PSP...dikenali dengan ahli tidak bersekutu...
10. Next, pelancaran logo PSP... logo dah hilang plak,,, ade dengan pecipta logo kot,,, tuan Zaki & tuan Shah,,,
11. Antara program yang boleh aku klasifikasikan sebagai sangat berjaya ialah Delegasi Ilmu ke UMP, Kejohanan SUTRA & Delegasi ke Bukit Aman dan disamping program dalaman seperti program Berbuka Puasa dan solat tarawih, sambutan hari raya, raikan pegawai tauliah, liga SUKSIS dan sebagainya.
![]() |
| Yang pakai Jaket : MT dan Exco PSP hebat!!!! baju batik hebat jgak.. |
12. Next post aku akan ceritakan kontrovesi yg melanda diriku sepanjang aku menjawat jawatan yang sgt mencabar ni,,,tp sangat membantuku dari segi pengalaman, ilmu kepimpinan dan berpersatuan,,, Mahaguruku, Tn Shahdan, penasihat persatuan merangkap Pegawai Akademik SUKSIS UPSI banyak membantuku,, terima kasih Tuan!!!!...
![]() |
| Tn Shahdan..(kiri) |
![]() |
| Letak jawatan dah,,, bersama Tn Najib,,, Ajutan SUKSIS UPSI |
![]() |
| MT @ Exco PSP 2010/2011 |
![]() |
| Exco PSP (girls) |
![]() |
| Exco PSP |
![]() |
| Exco PSP |























![Setidak-tidaknya dia telah mengingatkan pada Malaysia betapa luasnya sempadan Negara
Petikan DR 17/11/2009 (Muka Surat 41)
Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Ya, Yang Berhormat Kinabatangan.
12.40 tgh.
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Ada
tiga perkara iaitu P.6, Butiran 18000 - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia. B.6, Butiran 020200 - Unit Perancang Ekonomi dan juga P.6, Butiran 71000 – Penyelarasan Program Pembasmian Kemiskinan.
Tuan Pengerusi, saya mendapat maklumat bahawa kerajaan berhasrat untuk melupuskan Pasukan Polis Marin itu dan diganti dengan pasukan maritim yang sedia ada. Sekiranya ini benar-benar berlaku, maka kebimbangan saya dan ramai lagi rakyat Malaysia terhadap keputusan ini amat melebar, iaitu kita maklum bahawa pasukan maritim ini baru sahaja diwujudkan di negara kita lebih kurang dua tahun atau tiga tahun.
Bayangkan bagaimana anggota Polis Marin itu sendiri telah berkhidmat dengan Polis Marin, tetapi tiba-tiba kerajaan membuat perakuan untuk membubarkan pasukan ini dan diambil alih oleh maritim. Ini pada saya, dalam keadaan negara kita pada hari ini Tuan Pengerusi pun maklum, bahawa sempadan kita terlalu luas terutama sekali di Sabah, di kawasan Kelantan, Terengganu, Sarawak dan sebagainya. Apabila sempadan ini luas, maka unsur-unsur negatif jenayah penyeludupan,
perdagangan manusia berleluasa.
Hari ini kita ada empat, lima pasukan pengawasan. Kita ada Polis Marin, kita ada
maritim, kita ada kastam, kita ada imigresen, kita ada tentera, kita ada Polis Hutan, macam-macam ada, tetapi masih banyak juga unsur-unsur jenayah yang melanda di dalam negara kita. Yang sedihnya, yang anehnya, lapangan terbang kita juga dibolosi oleh penyeludup. Iaitu baru-baru ini saya terbaca pagi tadi, dadah jenis Syabu dianggarkan berjuta-juta ringgit boleh lolos dari lapangan terbang dan di hotel pula baru ditemui. Malu kita dengan negara-negara lain. Seharusnya lapangan terbang yang sebegini canggih dilengkapi dengan alat-alat pengesan yang cukup canggih sehingga apa sahaja benda dia bawa, maka boleh didapati dengan begitu mudah,
tetapi tidak tahulah bagaimana pentadbiran di lapangan terbang ini boleh berlaku.
Jadi bayangkanlah bagaimana maritim itu sendiri boleh menguatkuasakan undang-undang atau boleh melaksanakan tanggungjawabnya di sempadan dengan berseorangan. Apa akan berlaku dengan negara kita? Kebimbangan saya bahawa kita akan berhadapan dengan satu mala petaka yang mungkin tidak boleh kita duga pada masa akan datang.
Jadi saya mencadangkan hari ini kepada kerajaan supaya hasrat untuk membubarkan Pasukan Polis Marin itu sendiri supaya ditangguhkan dan jangan sekali-kali mengizinkan satu badan seperti Maritim Malaysia untuk mengambil alih tugas-tugas Pasukan Polis Marin ini sebab ia akan mendatangkan kemungkinan-kemungkinan yang tidak boleh kita duga.
http://www.parlimen.gov.my/hindex/pdf/DR-17112009a.pdf untuk pengesahan Parlimen 17/11/2009.](https://fbcdn-sphotos-e-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash3/s480x480/539835_10151554380084881_20177450_n.jpg)




















